Dear Marissa,
Hari ini kita bangun bersama. Di dalam bilik yang sama. Mengapa tidak mahu tidur bersama?. Sudah lama aku tidak menulis surat. Semenjak dunia kita sudah menjadi hanya soft copy. Hard copy semakin dilupakan. Maka kali ini, aku ingin alamatkan surat ini kepada kau, Marissa.
Kita tidaklah selalu sekepala. Cuma kadangkala ada hal yang membuatkan kita bersatu. Aku harap dapat memahami kau dengan lebih dekat. Cuma sikapmu kadangkala memaksa aku berfikir, yang mana satu dirimu yang sebenar. Sudah banyak bantuan yang kau hulurkan. Aku sangat menghargainya. Pabila aku sudah mempunyai wang, aku berjanji akan membantu kau semampu aku.
Aku bukan sengaja berbuat begitu, sejujurnya saat itu aku dalam keadaan terburu - buru. Bukan aku harap kau marah, cuma luahkan dan beritahu apa yang patut aku lakukan. Hati aku akan lebih aman begitu. Namun, kau hanya berdiam diri. Aku serba - salah. Setiap pergerakan aku seperti hina di mata kau, Marissa.
Aku merayu, silalah bercakap semula. Beban kita semua mungkin terhapus jika kau bercerita dan berterus -terang. Segala masalah dapat dihindarkan daripada menjadi lebih kalut dan mengarut. Marissa, jadilah yang dahulu semula. Kita semua punya masalah. Walau mungkin bukan cara engkau, untuk kali ini sahaja, bantulah aku membuang nanar di jiwa.
Surat ini hanya untuk engkau. Surat memohon maaf. Memang aku banyak membuat khilaf. Aku yang masih mentah ini. Perlukan bantuan mencari identiti. Kau dan mereka saja yang dapat membantu. Marissa, sekali lagi, maafkan aku.
Si Capik Jiwa,
Kebaya Sendat Sepatu Merah
No comments:
Post a Comment