Showing posts with label betrayed. Show all posts
Showing posts with label betrayed. Show all posts
2013-12-06
Joned
Joned, aku telah menulis beratus - ratus warkah untuk melupakan. Aku telah menangis setiap pagi mengenangkan kau yang selalu tersepit dalam kesesakan lalu lintas. Betapa kau sememangnya seorang yang tidak penyabar dan sering marah - marah. Mengapa kau masih diam membisu dengan mata melirik tajam ke arah aku? Separuh dekad kau sentiasa tersenyum dan kini kau pura - pura tidak peduli.
Kau sebenarnya mahu apa, Joned? Surat untukmu telah bertimbun di sudut kecil dan mungkin bakal bertambah. Kesejukan pagi terlalu membunuh. aku telah menjadi busuk dan pemalas agung untuk kau tatap. Joned, janganlah pergi diam - diam dan mencintai sepasang kaki ramping yang seksi. Ini sangat tidak adil. Bertambahkah imanmu dengan meninggalkan segala bintang di hatiku? Kalau ya, baguslah.
Sudah lama, Joned. Sudah lama. aku menangis menatap bajumu yang berbau luka. Joyah pun tidak mampu menangis seperti aku kerana dia terlalu bahagia dicintai engkau. Joned, jika ingin pergi jangan diam - diam. aku ingin tahu. Aku ingin pastikan kau selamat di balik sana. Tanpa bau Losyen Anugerah dan Losyen Mustajab, akan ada kekal sesuatu anih di balik hati kita Joned.
2010-12-17
Awak Tak Silap, Saya Yang Salah
Semalam Mei Ling memang bersalah. Sangat bersalah. Dia dah bertungkus lumus memohon maaf. Pelbagai ayat telah diluahkan. Telah disusun. Memujuk Ah Chai yang sangat terluka. Mei Ling memang diselubungi rasa sedih.
Ah Chai, dia memang sangat penyabar. Menjaga hati Mei Ling dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah berkira dalam menaburkan cinta. Mei Ling memang jahat. kasih yang dihulurkan Ah Chai hanya dipandang enteng. Senang - senang saja dia memandang lelaki lain, senyum gatal, menggoda walau Ah Chai ada di sebelah dirinya saat itu.
Amarah menguasai diri. Sewenang - wenangnya Mei Ling berbuat begitu. Apa salah Ah Chai?. Dia tidak pernah cuba dengan sengaja melukakan hati Mei Ling. Serta - merta Ah Chai mengeluarkan telefon bimbit, mula menghantar pesanan ringkas kepada gadis -gadis skandal. katanya " depan mata u juga i curang sekarang!".
Curangnya sehingga ke tahap tersalah hantar pesanan yang patut dihantar kepada gadis lain kepada Mei Ling. Sehingga ke hari ini, curangnya masih berleluasa. Ah Chai, dia memang layak berbuat begitu. Membalas semua perbuatan Mei Ling. Tapi, caranya itu hanya akan membuat banyak jiwa terluka lebih dalam. Seperti Li yang dulu pernah berskandal dengan Ah Chai. Li terluka kerana Ah Chai seperti mempergunakannya untuk membuat Mei LIng bersedih.
Malam ini, sedu sedan Mei Ling semakin lebat. Sudah habis upaya dia memujuk. Setulusnya, hanya Ah Chai yang paling dia kasihi. Paling dia dambakan dalam setiap malam. Mei Ling hanya nakal. Tidak pernah terniat pun untuk merobek hati Ah Chai begitu.
Ah Chai dan Mei Ling. Sudah banyak perkara yang mereka lalui bersama. Terlalu banyak. Dan Mei Ling masih berdoa agar hati Ah Chai terbuka menerima kata - kata maaf yang tulus dari jiwa itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah
It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...

-
2016. I don't feel like myself during this year. In fact, I've never been myself for the past few years. There were hatred, anx...
-
It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...