pIcIsAn

My photo
I write a lot. Every seconds, every hours, every day, every month. But I realize you won't come back.

2011-04-24

warkah untuk Amy Alexander

Dear Amy Alexander,


it's 23 April 2011. the day you went away.it's not you. it was me. i had ruined everything. untuk kesekian kalinya.


kau yang terlalu baik. sanggup membuat diri tampak bodoh dan terhegeh - hegeh. aku menyuruh kau pergi mati pada hari kita menjadi dua.aku tidak berniat pun.


kau tahu aku sekarang telah mati.organ dalaman aku sudah tidak mampu berfungsi. hanya mata saja masih hidup menangisi pemergian kau Alexander.


kau tidak layak untuk aku. aku ini gadis jahat. sedangkan kau sangat luhur. ikhlas. jujur. semua yang kau ada ingin diberikan kepada aku.termasuk hati sarat cinta itu. 


kita masih muda.kau masih bergetah.punya segala.berilah hati sarat cinta itu kepada yang pasti.aku sudah tidak mampu membelikan plaster luka untuk kau kerana apabila bersama aku, kau menggunakannya terlalu banyak. sangat.


jika kau sudah bertemu dia yang pasti, harapnya plaster luka tidak akan berfungsi lagi. di mana kau akan sihat sejahtera. sehingga ke tua.


lupakan saja kata-kata penuh plastik dan perbuatan muslihat aku.aku hanya menggunakan engkau untuk kepentingan aku.kaki putar belit.jangan pernah percayakan aku.


apabila aku kata aku cinta engkau, hanya separuh saja hati aku menyatakannya.selebihnya hanya untuk menyedapkan hati engkau sahaja.benar.


pesanan aku untuk kau Amy Alexander,


sila makan ikut masa kerana kau baru saja buat pembedahan apendiks awal 2010 dulu.


sabar menunggu jika makanan lambat sampai.


bawa lah kereta dengan berhemah. i know u are a racer.


jaga kesihatan dan makan scott emulsion. kau kan selalu demam.oh ye, brands yang aku beri sila habiskan. untuk kesihatan kau juga.


sila pakai kemeja putih berjalur,kasut hitam dan seluar jeans hitam untuk sesuatu yang penting kerana kau tampak sangat lelaki di dalamnya.


long hair is totally turn off for you.


jangan cepat marah. kau akan sakit nanti.




untuk terakhir kalinya,
aku melepaskan engkau dengan rela hati. kerana aku berdosa menyeksa jiwa luhur kau itu.kau patut keluar dari cengkaman aku yang kejam dan kuku perak [besi nanti berkarat]dan mencari orang lain.orang yang akan memeluk dan mengasihi kau dengan sentuhan damai selembut angin.


selamat tinggal Amy Alexander.
disebabkan aku terlalu sayangkan engkau, maka terbanglah mencari hidup kau.


in memory







2011-04-22

asid dan alkali

kau kenal kebuk wasap?
dalam itu ada asid dan alkali
seperti hati aku 
ada sayang dan benci
bila bercampur
aku rasa ia menjadi neutral.
aku rasa lah.

kelmarin
kita begitu gembira
berpakaian formal
aku agak kita sudah bosan melihat masing - masing berpakaian santai untuk temujanji.

tingkah kau seperti orang baru pulang kerja
dan kau memberi aku makan burger raja [baca Burger King].

aku pelik
tiba - tiba
ada pesanan ringkas
dari telefon baru kau yang diberi oleh kakak saudara kau yang hot tidak macam aku yang hanya picisan ini,
" hye,pakwe".

eh, kau ada teman wanita baru kah?
aneh.
tapi, aku kenal dia,
yang memberi pesanan itu
bukan dia sudah tahu kah akan kedudukan aku dalam hidup kau?.

aku tenang saja.
aku rasa terkejut dengan diri aku.
mungkin kerana sudah terlalu biasa setiap kali kita berjumpa, ada saja pesanan ringkas yang muncul tiba - tiba dari semua gadis yang kau pernah keluar bersama.

kau kata itu semua tiada apa - apa.
aku diam saja.
baik.
aku terima.

semalam aku terlepas cakap
oh, kau sudah tahu aku berchatting dengan kawan kau yang sekarang bukan lagi kawan kerana kau pernah gaduh dengan dia pasal aku dulu,
mujur saja kau tidak tinggalkan aku di tepi pantai itu.

kita sama saja.
terpulang kau mahu menjadi asid atau aku alkali atau vice versa.


it's my breath that you take away






2011-04-21

ketika kau melihat jam,mungkin cadar aku bertukar menjadi merah.

tadi,
dia berkata,
" kalau i perempuan, dah lama i nangis pasal u".

kenapa,
lelaki tak boleh nangis ke?
aku faham,
apa yang dia sindirkan.

aku curang.
sekali lagi.

2011-04-20

Kerna kau cinta teratas, selamat tinggal

aku sudah mahu pergi
meninggalkan kau bersama janji di sini
sedih?
lihat air di tubir mata
eh,
bukan nangis, peluh.

disebabkan aku terlalu mencintai engkau
maka selamat tinggal.

kenapa?
kerana aku mahu kau membenci dan membuang aku
supaya hati kau tidak perit
apabila aku pergi.

tanah sempadan Perak
tempat kau dan aku bersemayam
3 tahun
terima kasih.

aku sudah mahu pulang
membanting tulang
kau juga
ingin pulang ke tempat banyak bawang.

doakan kita bertahan
dengan jarak 2 jam
aku tidak yakin
tetapi akan cuba.

28 April 2011
aku pergi nanti.


going the distance - it's about banting and rawang.

2011-04-16

nuklear? apa yang kau takut sangat.

MOSTI- Agensi Nuklear Malaysia


sejarah penubuhan MOSTI


keratan rentas loji nuklear


peta kawasan Agensi Nuklear Malaysia


keratan rentas loji nuklear


bas dan eh, kebaya  sendat berjalan?


Kami seramai 16 orang dan 2 pensyarah telah melawat Agensi Nuklear Malaysia yang terletak di Bangi, Selangor. 

antara perkara yang baru terdedah selama ini yang mana mungkin tidak ramai orang tahu:

1. 7 gm pellet bahan api uranium = 3.5 tong minyak = 17000 meter persegi gas asli
= 1780 tan arang batu.
[sangat jimat bukan tenaga nuklear?]

2. Di Jepun, bukan reaktor sebenarnya yang rosak, tetapi roof yang menutupi bahagian atas rektor tersebut menyebabkan ada radiasi yang tersebar. reaktor masih sempurna cuma memerlukan air untuk menyejukkannya.

3. nuklear terbahagi 2. senjata dan bukan senjata. Bukan senjata pula terbahagi 2 iaitu power dan non power. Malaysia hanya tertumpu pada non power iaitu bidang pertanian, perubatan, industri, alam sekitar, pembuatan dan keselamatan.

4. untuk membina satu loji nuklear, memerlukan kawasan sebesar satu Kuala Lumpur.

5. kita semua ni dah memang lama ada kaitan dengan nuklear, xyah kecoh la nak bantah2 orang wat loji nuklear. huu.

kawasan ini memang dikawal rapi dan atas sebab - sebab keselamatan, gambar tidak boleh diambil di dalam kawasan loji. Kami bernasib baik kerana reaktor sedang dalam kendalian semasa kami tiba. Dapat lah lihat bagaimana ia berfungsi. Btw, semua orang di tempat ini memang pandai cakap. mungkin mereka memang dah dilatih kot untuk berhadapan dengan orang. ya, saya mahu kerja di sini satu hari nanti. haha.

Saya sokong tenaga nuklear. Kalau digunakan sebaik mungkin lah.



2011-04-15

lagu hati

turns the light downs low,
take it off,
let me show,
my love for you,
insatiable.

Darren Hayes- Insatiable

2011-04-04

bila hati kau timang - timang begitu saja

laptop di depan hanya dipandang sepi. menanti jejaka D membalas mesej di Facebook. oh,ya. dia pergi tandas sebentar. some conversation happen previously. it started when mr D "hi" Mei Ling first. 

D: 'hi'
Mei: 'hi'
D: 'where r u?'
Mei: 'p**y. u?'
D: 'same. x balik umah?'
Mei: 'baru balik asrama ni ha. u, kat umah?'
D: 'kat p**y juga'
Mei: 'i nak dapat adik baru. hee'
D: 'waa, so u dh xyah jadi bongsu la. dah tua dah. haha!'
Mei: 'i sulung la yunk'
D:'yunk?. ish, takut la. haha.'
Mei: 'hurm, i feel sad to see you n your girlfriend together'
D: 'i lagi sedih tgk u n your bf.'
Mei: 'sama - sama sedih. what is the purpose of this relationship?'
D: 'i nak sgt date dgn u, tp u segan sgt. so, i can't make a move'
Mei: well, kita dua dah ada partner an.'
...
Mei: 'u?'

Mr D is offline.

Mei click on Report/ block this person on Mr D page. Finish.

on her phone, ' delete this contact'
she press on green button and 'deleted'.

' Setia pada awak seorang sahaja'. she sent those words to Ah Chai. 

Bila kau sedar apa yang tersilap, lekaslah perbetulkannya sebelum ia mengundang malapetaka.