pIcIsAn

My photo
I write a lot. Every seconds, every hours, every day, every month. But I realize you won't come back.

2011-11-29

kau, kau yang begitu keras

kau tahu
aku memang berasa gembira dapat melihat kau semalam
tersenyum
bersama harumnya lavender yang harmoni
terlihat di mata sepet kau
sebenarnya jiwa kau merindui aku
tetapi masakan kau mahu mengaku
genggaman tangan aku yang kau sambut erat
telah menjadi bukti

aku tidak suka orang ketiga
yang malaikat mahupun syaitan
mereka hanya membuat genggaman tangan kau menjadi longgar
jujur
aku memang terkilan
apabila kau menerima kata-kata
menyuruh kau berkeras hati
menolak aku jauh ke gaung kesepian
dan gua kesedihan yang gelap

lagu yang aku nyanyikan malam itu
hanyalah irama syahdu dan punah
hati aku sangat sendu
melihat kau mengelak pandangan mata aku
dan menolak usapan lembut di jemari kau

aku telah berjanji
jika kau tidak kembali pada 30 november
aku tidak akan menaruh harapan lagi
akan hentikan segala-galanya
jiwa wanita aku juga punya maruah
walau mungkin aku akan kehilangan cinta yang paling ikhlas dan romantis


'kalau ada jodoh, kita jumpa di pelamin' Amy Alexander, 2011


kad yang kau beri pada umur aku menjadi 20



2011-11-19

Topman hitam

aku masih tidur dengan baju yang masih terlekat dengan bau kau.
aku mahu kau.
tolong jangan suruh aku buang baju ini
ini saja yang tinggal untuk memastikan aku terus bernafas.




2011-11-18

kosong yang kosong

andai kau korek hati aku yang lara ini, pasti kau terjumpa satu ketulan besar yang bercahaya.
itu adalah engkau. jika ketulan itu dialihkan, maka aku tidak akan bernyawa lagi.
teman - teman kau kata mengambil aku menjadi kekasih adalah keputusan paling bodoh pernah kau lakukan. tapi, pernahkah kau tahu,
mengambil engkau sebagai kekasih adalah keputusan paling mulia pernah aku ambil.
aku tahu jiwa lelaki kau yang begitu sensitif sangat terluka.
namun, jiwa syahdu wanita aku lebih tersayat dengan semua kata - kata hina kau.



aku sudah penat. aku mahu berehat. tapi hati rawan aku menginginkan kau menemani mimpi malamku.
sejak kau mengeluarkan kata -kata keji, saban malam aku diganggu igauan ngeri.
tampak benar jiwa aku terganggu dengan cercaan yang menghiris itu.


AKU TIDAK MAHU KEHILANGAN KAU KERANA AKU SUDAH MULA PERCAYA KAU ADALAH SEGALA - GALANYA.

jadi, sila kembali ke sisi gadis picisan yang hina dina ini.
jika jiwa kau sudah tidak sekutu, aku redha. aku cuba redha.

2011-11-16

bukan balang biasa

hati memang kadang - kadang gemar mencurangi tubuh badan
membuat pandangan orang menjadi rumit
dan sulit


hati yang berjauhan
membuat aku rindu pada hembusan nafas ceria
yang sering dikhianati
oleh rasa pedihnya cemburu


aku sering juga mengusap
balang penuh kasih sayang itu
untuk memastikan ia sering bercambah
dan kekal setia menemani aku
tapi kadangkala 
balang itu menjadi kotor
maka aku perlukan kau untuk memastikan ia suci kembali


alam dan dunia yang berubah
telah membuat aku jarang melayani balang itu akhir - akhir ini
hanya kau saja tetap setia
pernah juga balang itu hampir pecah
kerana kegagahan tangan kita
mampu juga diselamatkan


aku ingin ia kekal di situ
bersih
wangi
tanpa sebutir hama pun
dan aku tahu
caranya mudah saja
kau dan aku perlu bersatu.















2011-11-14

yong tau fu berbau duit

yong tau fu td x berbau wang sgt la. lebih kepada bau - bauan ketidakikhlasan.


semalam aku lihat ada mesej - mesej daripada gadis - gadis genit dan ranggi dalam inbox nokia murah Alexander. tapi hati aku sudah rasa neutral. sebab sekarang aku sudah percaya. dan juga yakin. jadi aku boleh biarkan saja mesej - mesej ranggi tersebut.







one of my beautiful friend said : cinta itu datang dengan tanggungjawab. 


maka, aku sedang cuba bertanggungjawab atas rasa cinta dia yang infiniti. juga atas hati aku yang pasti.

2011-11-03

hari jadi 20

031191 - 031111


Alhamdulillah. sempat juga menjadi 20 di November yang wangi dan indah ini. 








semoga Allah memberi rahmat dan keberkatan.

2011-11-01

november yang harum

semoga november membawa rahmat
kepada jiwa ceria kita
yang masih diulit asmara penuh ghairah
aku tidak mahu terpuruk lesu
sambil minum susu
di tepi pasu


aku percaya
masih ada kasih sayang dan hati bunga-bunga
pada november
optimis
dan masih bertenaga







xoxo,
u know i love you.