Showing posts with label curang. Show all posts
Showing posts with label curang. Show all posts

2011-11-16

bukan balang biasa

hati memang kadang - kadang gemar mencurangi tubuh badan
membuat pandangan orang menjadi rumit
dan sulit


hati yang berjauhan
membuat aku rindu pada hembusan nafas ceria
yang sering dikhianati
oleh rasa pedihnya cemburu


aku sering juga mengusap
balang penuh kasih sayang itu
untuk memastikan ia sering bercambah
dan kekal setia menemani aku
tapi kadangkala 
balang itu menjadi kotor
maka aku perlukan kau untuk memastikan ia suci kembali


alam dan dunia yang berubah
telah membuat aku jarang melayani balang itu akhir - akhir ini
hanya kau saja tetap setia
pernah juga balang itu hampir pecah
kerana kegagahan tangan kita
mampu juga diselamatkan


aku ingin ia kekal di situ
bersih
wangi
tanpa sebutir hama pun
dan aku tahu
caranya mudah saja
kau dan aku perlu bersatu.















2011-04-22

asid dan alkali

kau kenal kebuk wasap?
dalam itu ada asid dan alkali
seperti hati aku 
ada sayang dan benci
bila bercampur
aku rasa ia menjadi neutral.
aku rasa lah.

kelmarin
kita begitu gembira
berpakaian formal
aku agak kita sudah bosan melihat masing - masing berpakaian santai untuk temujanji.

tingkah kau seperti orang baru pulang kerja
dan kau memberi aku makan burger raja [baca Burger King].

aku pelik
tiba - tiba
ada pesanan ringkas
dari telefon baru kau yang diberi oleh kakak saudara kau yang hot tidak macam aku yang hanya picisan ini,
" hye,pakwe".

eh, kau ada teman wanita baru kah?
aneh.
tapi, aku kenal dia,
yang memberi pesanan itu
bukan dia sudah tahu kah akan kedudukan aku dalam hidup kau?.

aku tenang saja.
aku rasa terkejut dengan diri aku.
mungkin kerana sudah terlalu biasa setiap kali kita berjumpa, ada saja pesanan ringkas yang muncul tiba - tiba dari semua gadis yang kau pernah keluar bersama.

kau kata itu semua tiada apa - apa.
aku diam saja.
baik.
aku terima.

semalam aku terlepas cakap
oh, kau sudah tahu aku berchatting dengan kawan kau yang sekarang bukan lagi kawan kerana kau pernah gaduh dengan dia pasal aku dulu,
mujur saja kau tidak tinggalkan aku di tepi pantai itu.

kita sama saja.
terpulang kau mahu menjadi asid atau aku alkali atau vice versa.


it's my breath that you take away






2011-04-21

ketika kau melihat jam,mungkin cadar aku bertukar menjadi merah.

tadi,
dia berkata,
" kalau i perempuan, dah lama i nangis pasal u".

kenapa,
lelaki tak boleh nangis ke?
aku faham,
apa yang dia sindirkan.

aku curang.
sekali lagi.

2011-04-04

bila hati kau timang - timang begitu saja

laptop di depan hanya dipandang sepi. menanti jejaka D membalas mesej di Facebook. oh,ya. dia pergi tandas sebentar. some conversation happen previously. it started when mr D "hi" Mei Ling first. 

D: 'hi'
Mei: 'hi'
D: 'where r u?'
Mei: 'p**y. u?'
D: 'same. x balik umah?'
Mei: 'baru balik asrama ni ha. u, kat umah?'
D: 'kat p**y juga'
Mei: 'i nak dapat adik baru. hee'
D: 'waa, so u dh xyah jadi bongsu la. dah tua dah. haha!'
Mei: 'i sulung la yunk'
D:'yunk?. ish, takut la. haha.'
Mei: 'hurm, i feel sad to see you n your girlfriend together'
D: 'i lagi sedih tgk u n your bf.'
Mei: 'sama - sama sedih. what is the purpose of this relationship?'
D: 'i nak sgt date dgn u, tp u segan sgt. so, i can't make a move'
Mei: well, kita dua dah ada partner an.'
...
Mei: 'u?'

Mr D is offline.

Mei click on Report/ block this person on Mr D page. Finish.

on her phone, ' delete this contact'
she press on green button and 'deleted'.

' Setia pada awak seorang sahaja'. she sent those words to Ah Chai. 

Bila kau sedar apa yang tersilap, lekaslah perbetulkannya sebelum ia mengundang malapetaka. 



How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...