pIcIsAn

My photo
I write a lot. Every seconds, every hours, every day, every month. But I realize you won't come back.

2016-04-18

Ada Riak Luka Pada Hening Kata-Katamu


Pada malam-malam kita bersama, adakalanya aku terlihat selaut ribut di wajahmu. Betapa debu yang dibawa angin kadangkala menyaksikan perbalahan dan kesepian. 

Semua kata-katamu telah ku simpan rapi. Akan kau temui sisipannya di balik daun jambu hadapan rumah, di dalam cawan kegemaranmu ataupun di dalam kocek seluarmu. Akan jua kau temui seberkas amarah yang kadang-kala sempat ku tangkap waktu kau lagi melepaskannya.

Ketahuilah sayang, aku tidah pernah melupakan segala macam apa yang telah kau luahkan,yang kau tangiskan mahupun yang kau tawakan. Aku sentiasa sedia memaafkan dengan sebalang kaca untuk kekal menangkap kata-katamu yang hening lagi pilu.