Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

2014-01-01

Since You're Here, Since You've Been Gone

Cerita awalnya tidak menarik. Lagian, aku sudah lupa.

 Masih meneruskan tradisi sa-orang pelajar Alam Sekitar. Bergelumang dengan segala macam kotoran, bau hanyir sampah, kekalutan presentation hingga aku banyak terlupa akan perkara remeh yang dahulu sering aku tawakan. Dengan penyakit yang tidak beransur hilang, aku perlahan - lahan menjadi usang namun masih bernyawa. Roh aku telah lama menerawang namun jasad enggan tumbang. Bangun pagi dengan semangat membara, tidur malam dengan sekaan pada air mata yang degil tidak mahu terbang.

Semester ini bermula dengan konflik. Namun kita percaya ia tiba bukan saja - saja. Telah aku keluar dari kepompong selesa. Untuk masa depan mereka yang memerlukan. 


Ini kerja satu sem. Sebenarnya sem lepas pun buat juga. Geledah tong sampah untuk data. 
Terima kasih Izzah atas segala tunjuk ajar. Semoga lepas grad nanti awak dapat kerja dan cepat-cepat kahwin. dah - dah la tu bertunang.
Berat aku telah naik mendadak sebanyak 4 kilogram. Zarith bilang ini semua kesan ubat yang aku consume untuk meredakan kesakitan setiap hari. Entahlah. Semenjak jerebu tempoh hari, aku telah menderita sakit teruk. Namun aku percaya, pasti ada sesuatu di sebalik pedih luka. 

Kehidupan yang plain bored kadang - kadang diganggu hingar bingar mereka yang entah apa -apa. Aku telah menulis pelbagai sajak dan cerpen untuk jiwa dan untuk menerima buku percuma. Zine dan buku telah memberi belas kasihan pada aku dengan memuatkan sedikit - sedikit cerita melankolik yang aku hantar. 

Pada hari aku dan dia sepatutnya menjadi 5 tahun, aku telah bertemunya. namun aku lupa langsung tentang istimewanya hari itu. tujuan aku ke sana hanyalah untuk menemani seorang rakan bertemu kekasihnya dan aku terjebak bertemu dia. Kami makan besar. Terima kasih atas ikan masak asam pedas yang lazat itu. Saat aku di dalam KTM ingin pulang, aku bernyanyi kecil dan aku tiba - tiba teringat tentang hari itu. aku beristighfar dan aku tahu dia sebenarnya tidak lupa. Aku telah menjadi seorang pelupa tegar dan semenjak itu, kami tidak berjumpa lagi.

Selamat juga menjadi 22 tahun pada semester ini. untuk aku dan rakan - rakan. 


Gadis - gadis November. Betapa masa telah bergerak pantas dan menjadikan kita seperti pelarian yang pelan - pelan bakal mati sama ada dalam diam mahupun hingar. 

Ada sebak dalam segala coretan kata untukku, untukmu. Ada air mata berlinang di mata Profesor saat kita mengabadikan memori yang entah bila akan berulang dan menjadi gembira kembali.


Saat muda. Ingat saat ini sayang. tahun 2013. 

Kiranya tahun ini juga menjadi satu medan mencabar diri. Boria dan tarian kreatif sekaligus.


Tarian kreatif. Yes, I do miss this routine.

Boria. It's my first love in dance art and it make me feel happy to see a lot of colour in me.
Aku pasti rindu. Namun 2014 pasti begitu banyak perkara menarik. 

Pesanan :
Sayang, dalam helaian rambut dan asap rokok yang mencemarkan aku telah hadir untukmu. Akhir hari 2013 juga aku telah melamar. namun jawapan, sebenarnya tiada jawapan. Aku agak itu mengatakan tidak pada semua pertanyaan. Aku telah menjadi serius dalam semua tanda tanya itu dan kau telah hadir dengan beku. Tanpa riak wajah dan roman muka yang bisa aku tafsirkan. 

2014 - Kau sebenarnya tahu. Kau sebenarnya sudah duga. Kau sebenarnya cinta yang kekal yang telah meluncur jatuh dari hujung jari dan terhempas hingga terluka kaki dan hati. Juga tiada tertinggal satu pun habuk atau debu.


Jika ada momen lain, berhentilah mengucup pada momen ini. kau sendiri tahu ia tidak akan kembali mendakap kita sewenangnya. Lagi.

Sincerely Yours,
Zafirah Bahram.


2013-11-13

Utusan Tanpa Posmen


Kehadapan Amy Alexander,

Pertama-tama, semoga engkau sihat sejahtera sentiasa dan berada dalam rahmat Allah. sudah 10 hari kita masuk ke tahun hijrah yang baru. Harapnya kita berdua sudah berhijrah ke keadaan lebih baik.


Tujuan utusan maya ini bukanlah untuk memujuk merayu kerana aku sebenarnya telah redha atas pemergian hatimu. aku tahu Allah telah memilih kita berdua untuk berpisah. Dia juga lebih menyayangimu kerana telah menjauhkan hatimu daripada aku. Aneh bukan? dua hati yang sepatutnya menyayangi telah jauh tercampak terasing demi kebaikan roh mereka.


Untuk pengetahuanmu, aku sihat sahaja di sini. namun aku tidak pernah berhenti berdoa agar Allah menerima taubat kita atas kejahilan yang dahulu. aku lihat kau juga sudah memiliki hidup yang lebih tenang . semoga kekal begitu hendaknya dan sentiasa dalam laluan yang benar.


Jika satu hari masing - masing menerima perkhabaran walimatulurus antara kita, janganlah pernah berdendam. sekurang - kurangnya kita telah belajar dari khilaf pada usia muda. buat apa menangis jika yang di depan mata kau sebenarnya lebih baik daripada aku. aku sedang belajar untuk redha dan menerima hakikat. sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah yang lemah. 


Jangan lah risau ya. teruskan kehidupanmu tanpa mengingati aku. Benar ini. aku memohon maaf kerana telah banyak menyusahkan kau selama perkenalan. aku juga tidak akan sambung belajar jika bukan jasa kau yang bersusah payah membantu mengambil transkrip di tempat belajar kita dahulu. Seorang yang bijak sepertimu usahlah disia - siakan hanya kerana cinta tidak pasti kita. berpeganglah pada janji Allah, Amy Alexander.


terima kasih untuk segalanya dan semoga Allah merahmati hidup dan mengampuni dosa kelmarin kita. Amin.




Fey Fia





How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...