Showing posts with label cemburu. Show all posts
Showing posts with label cemburu. Show all posts

2013-10-03

Sandar



Rupanya dengan menjenguk semua laman sosial yang kau hadiri,
hanya menambah sebak dada.

melihat kau dalam roman paling menyenangkan
sebenarnya aku iri
kau terlalu bahagia
sedang aku
masih diam muram

untuk kau
laki - laki paling bergaya dalam baju melayu putih
rupanya 
kau masih melekat tetap dalam kalbu
tidak pernah terkopek walau sepicing.



Suatu masa

2013-06-14

Bunga yang Terjatuh


Jika sepurnama lamanya aku tidak menghubungi engkau
adakah kau akan jatuh hati pada bunga lain?

dan adakah kau terus-menerus menekan butang 'like'
pada setiap gambar di instagram beliau?

pardon me for I do not have Instagram account.
forgive me for I'm just a nerd girl with plain hijab.



2012-09-23

Cili Atas Mak Jah


            Rita menggosok-gosok matanya sambil berlalu ke arah dapur. Setelah itu, dia berjalan ke arah pintu mencari Orita. Rita mengalihkan pandangan ke kebun belakang yang mula ditumbuhi belukar setelah dibersihkan ibu 6 bulan lepas. Pokok cili memenuhi hampir separuh daripada kebun tersebut. Sangkanya ingin dibuat bisnes, tapi ibu bilang hanya suka-suka saja.
            Di sebalik rimbunan pokok cili itu, Rita terlihat kelibat Orita di situ. Dia pelik. Orita tidak pernah ke belakang kebun itu. Rita menghayunkan langkahnya mendekati Orita. “ Orita buat apa kat sini?” tanya Rita sambil menyentuh badan Orita. Rita kaget. Orita memandangnya tanpa perasaan. Bukan itu yang dia hairankan. Dilihatnya mulut Orita penuh dengan biji cili. “ eh, kau ni biar betul, kau makan cili ni ke Orita? ! tak pernah dibuat orang dik oi!” Rita membebel dalam keadaan masih terkejut dengan apa yang dilihatnya. Orita menjilat-jilat jarinya sambil menggoyang-goyang ekornya yang gebu itu. Lagaknya seperti baru lepas melahap sepinggan ikan rebus. Setelah itu, dia berlalu membiarkan Rita yang masih duduk berteleku menganalisa kejadian itu.
            Sejak hari itu, Orita kerap ke kebun belakang itu menjamah sebiji dua cili sebagai pencuci mulut. Keadaan itu berterusan sehingga dua minggu lamanya. Pada pagi Jumaat yang cerah, Rita berazam ingin membongkar punca di sebalik kejadian itu. Berbekalkan sebatang cangkul, Rita berhempas-pulas mencangkul pokok cili yang sering dilawati Orita hingga ke akar umbinya. Kali ini, memang kebun cili itu memberi kejutan kepadanya hingga dia terduduk dengan mulut yang ternganga luas.
            “ Terima kasih atas kerjasama Cik Rita, saya harap cik bersabar. Saya minta diri dulu ya,” pesan polis itu sambil menepuk bahunya. Ibu dibawa pergi setelah diyakini membunuh Mak Jah, jiran sebelah rumah yang dilaporkan hilang 6 bulan lalu. Mayatnya ditanam di bawah pokok-pokok cili di kebun itu dan menjadi baja yang subur. Ibu menuduh Mak Jah cuba merampas lesung batu pusakanya. Rita pula sudah bertekad untuk bertukar selera ke lada hitam .


Pesanan Sedih: 
Cerpen ini dibuat sempena pertandingan cerpen online namun tidak menang. maka, di sini lah ia disiarkan.
            

2012-07-22

katanya rindu

aku tidak tahu bulan terang atau tidak ini malam
jasadku hanya terperuk di ruangan kecil tanah
yang bangunannya konkrit semata
tanpa memberi nafas pada tumbuhan purbakala


aku bilang aku rindu
kerapkali aku menyoal
pada mata dan hati yang sering berkaca
dengan deraian tangisan hiba
tidak mampukah rindu terurai tanpa perlu bertentang?
tanpa perlu meninjau
mahupun menyentuh


cemburu dan prasangka
benar aku dikuasainya
tanpa penuh daya untuk menyingkir
untuk kekal rasa harmoni
aku belum mampu memadam
igauan ngeri dan pilu suatu masa dahulu
membuat aku terlihat-lihat semula
seperti dejavu yang kejam
kau dalam dakapan angin semilir adinda lain


katanya kalau cinta masih ikhlas
bantulah kita mencari hala tuju
katanya juga andai cinta masih suci
pastilah jiwa masih mempercayai dan kental
namun aku sudah hampir goyah
mengenangkan engkau yang terhalang
oleh orang-orang kesayangan dan petualang
hampir robos jiwa yang gundah
dan dikecam dari dalam


aku mahu engkau tiba bersama sayap si pari-pari
aku ingin kita berdua terbang
sambil berlari di atas awan
memijak si kepulan gebu putih
berlatarbelakangkan biru yang damai
aku dan engkau bergembira
berlari tanpa lelah, tanpa gundah, tanpa tanggungjawab
riang seenaknya dan cukup rasa


walau mustahil
aku masih ingin engkau yang aku rindui
mengusap tawa di balik hati sarat luka
setelah semua kekusutan
marilah kita pulang berpelukan dan bermaafan.




2011-10-24

2011-02-24

Menelan Racun Dengan Rakus


Sejarah 1

Menegur si bekas cinta 
bukan bermaksud aku masih kasih
cuma ingin tahu lebih lanjut
apa yang berlaku dalam hidupnya
aku tiada niat pun mahu bersamanya semula
sudah tampak terang dia berpunya
maaf, Mr Perfect
aku masih mahu engkau

Sejarah 2

ya, mulut aku kejam
menikam
sampai dalam
tapi
engkau sahabat terindah
mengapa aku perlu menikam engkau sesadisnya?
tidak mungkin 
aku masih sayang
beri lah senyuman 
dan
usirkan lah semua rasa jiwa yang berlumur darah

Sejarah 3

sejak masuk tahun menjadi 20
aku kurang pasti
degupan jiwa aku makin sensitif
kata - kata sarkastik
sudah lambat untuk hadam dalam sistem
membuat jiwa aku bocor berdarah
sehingga semua idea terbejat
Mr Z
dia memang perlu lebih peka
bukan bersama dunia air dan dahi jendulnya sahaja


aku mahu racun sekarang. biar ia meresap di ruang pernafasan. membiarkan aku terlentang dan hanya ditemui pabila sakaratulmaut membiarkan jasadku terbuntang.

2011-02-23

Hidung Menghidu Bau Hamis

Kali ini, mari kita sama - sama membuat konklusi .


Mei Ling bukan lah seorang yang setia. tetapi kuat benar cemburu. seks pun kuat juga. 
kebiasaannya orang kuat cemburu amat menyayangi kekasih hati. apa kes pula dengan Mei Ling? 
dah la selalu buat zina mata, zina tangan wat sexting ngan orang lain, tapi nak cemburu koyan - koyan pula dengan Ah Chai. tak faham sungguh.  


apakah puncanya?


ha, mari kita membuat hipotesis.


1. Mei Ling x mahu Ah Chai curang macam dia.


2. Ah Chai banyak duit, takut pitis2 itu tertumpah pada orang lain.


3. Dah terang lagi berunggun api Ah Chai ada kereta, kalau curang mesti Ah Chai bagi banyak alasan xnk bawa Mei Ling keluar. Alasan, nak save bajet.


4. Takut makhluk gedik terutama seorang tu yang sem 2, diploma in islamic banking, yang bg coklat letak kat Neo Ah Chai, [ sarcasm] sambar kalau Ah Chai pun layan.


5. Dah memang keturunan! nak wat camne. 


nak wat bisnes ni.

owh, ye,
kepada kawan - kawan Ah Chai tu,
x perlu la kot nak bagi nombor Ah Chai kat makhluk gedik,
terutama yang sem 2, islamic banking tu ye,
coz dia juz akan mesej
begini,
"u, i suka tengok u, tak tau nama tapi orang panggil moon,
u x kenal i, tapi i kenal u"

kenapa x terus terang je,
" u, awek u tu x cantik. u kan kachak, bergaya,
couple la dengan i, i muda, awek u tua, x berapa nk islamic banking lak tu, pilih la saya"
sambil mendabik dada yang x berapa 54D itu.

life is shit. but it is becoming bullshit when she exist.

How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...