Showing posts with label banting. Show all posts
Showing posts with label banting. Show all posts

2013-12-06

Joned


Joned, aku telah menulis beratus - ratus warkah untuk melupakan. Aku telah menangis setiap pagi mengenangkan kau yang selalu tersepit dalam kesesakan lalu lintas. Betapa kau sememangnya seorang yang tidak penyabar dan sering marah - marah. Mengapa kau masih diam membisu dengan mata melirik tajam ke arah aku? Separuh dekad kau sentiasa tersenyum dan kini kau pura - pura tidak peduli.

Kau sebenarnya mahu apa, Joned? Surat untukmu telah bertimbun di sudut kecil dan mungkin bakal bertambah. Kesejukan pagi terlalu membunuh. aku telah menjadi busuk dan pemalas agung untuk kau tatap. Joned, janganlah pergi diam - diam dan mencintai sepasang kaki ramping yang seksi. Ini sangat tidak adil. Bertambahkah imanmu dengan meninggalkan segala bintang di hatiku? Kalau ya, baguslah.

Sudah lama, Joned. Sudah lama. aku menangis menatap bajumu yang berbau luka. Joyah pun tidak mampu menangis seperti aku kerana dia terlalu bahagia dicintai engkau. Joned, jika ingin pergi jangan diam - diam. aku ingin tahu. Aku ingin pastikan kau selamat di balik sana. Tanpa bau Losyen Anugerah dan Losyen Mustajab, akan ada kekal sesuatu anih di balik hati kita Joned.



2011-04-20

Kerna kau cinta teratas, selamat tinggal

aku sudah mahu pergi
meninggalkan kau bersama janji di sini
sedih?
lihat air di tubir mata
eh,
bukan nangis, peluh.

disebabkan aku terlalu mencintai engkau
maka selamat tinggal.

kenapa?
kerana aku mahu kau membenci dan membuang aku
supaya hati kau tidak perit
apabila aku pergi.

tanah sempadan Perak
tempat kau dan aku bersemayam
3 tahun
terima kasih.

aku sudah mahu pulang
membanting tulang
kau juga
ingin pulang ke tempat banyak bawang.

doakan kita bertahan
dengan jarak 2 jam
aku tidak yakin
tetapi akan cuba.

28 April 2011
aku pergi nanti.


going the distance - it's about banting and rawang.

How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...