pIcIsAn

My photo
I write a lot. Every seconds, every hours, every day, every month. But I realize you won't come back.

2013-12-06

Joned


Joned, aku telah menulis beratus - ratus warkah untuk melupakan. Aku telah menangis setiap pagi mengenangkan kau yang selalu tersepit dalam kesesakan lalu lintas. Betapa kau sememangnya seorang yang tidak penyabar dan sering marah - marah. Mengapa kau masih diam membisu dengan mata melirik tajam ke arah aku? Separuh dekad kau sentiasa tersenyum dan kini kau pura - pura tidak peduli.

Kau sebenarnya mahu apa, Joned? Surat untukmu telah bertimbun di sudut kecil dan mungkin bakal bertambah. Kesejukan pagi terlalu membunuh. aku telah menjadi busuk dan pemalas agung untuk kau tatap. Joned, janganlah pergi diam - diam dan mencintai sepasang kaki ramping yang seksi. Ini sangat tidak adil. Bertambahkah imanmu dengan meninggalkan segala bintang di hatiku? Kalau ya, baguslah.

Sudah lama, Joned. Sudah lama. aku menangis menatap bajumu yang berbau luka. Joyah pun tidak mampu menangis seperti aku kerana dia terlalu bahagia dicintai engkau. Joned, jika ingin pergi jangan diam - diam. aku ingin tahu. Aku ingin pastikan kau selamat di balik sana. Tanpa bau Losyen Anugerah dan Losyen Mustajab, akan ada kekal sesuatu anih di balik hati kita Joned.



2013-12-02

Salamy


Selamat pagi. Minggu ke 12. Hujan masih gembira. Menimpa mata - mata pedih dan tunggangan ruji kita. Telah beratus hari pergi. Hanya tinggal 30 hari untuk masih kekal muda. Penat dan sakit kita siapa yang tahu. 

Milo dan roti Strawberry Yogurt. Tidak lupa instant oatmeal. menjadi pemangkin untuk hidup pada pagi 2 December. Rindu telah menjadi sesuatu yang kasar. Menjadi larangan untuk ditulis atau diekspresi. Agar bisa kekal kuat dan stedy. Memang tidak salah meratap. Cuma tiada siapa yang peduli. Aku ingin bertanya khabar melalui renjang - renjang air langit yang datang dengan kemalasan. Namun jawapannya pasti menambah duka. Maka aku diam dan biar saja. 

Aku sedang berharap agar hujan tidak menambah kesedihan di hati kita. Masing - masing juga mengimpikan pelukan dari belakang di pagi hari. Sehingga semua penyesalan bisa berlalu tenang. Tiada dosa menjadi hambar. Hanya sedikit sunyi yang menyelubungi.

Masih pagi. Masih malas. Milo dan oat telah habis dilahap. Roti sedang menanti. Semoga petang tidak mengecewakan. Asal saja kita boleh bergerak senang mencari impian yang masih lari kencang. Mimpi pagi tidak enak. Penuh sandiwara dan kelam. Kerna itu aku sangat jarang menyambung tidur kecuali terlalu letih. 

Selamat terus gembira dan senyum pada hujan.