Showing posts with label he's just not that to you. Show all posts
Showing posts with label he's just not that to you. Show all posts

2014-06-10

Seeking. Not you.



seeking for the new colour and beautiful brightness in me.

And I don't want it to relate with you anymore.

Although I am betraying myself.

But I have to.



2014-02-19

Kesal Tam Tam


Dia telah kesal bercumbu denganku, ibu
katanya ini satu kesilapan yang hina
dan dia tidak pernah terfikir
kalau cumbuannya adalah segala - galanya

aku sendiri telah mencipta satu susuk baru imaginasi
untuk mendengar segala muzik tangisanku
kerna yang nyata
tidak akan pernah mendengar dan mengasihani

Tam Tam, malam sendu. Kita bilang berapa bilangan jahitan di hati kita yang walang.

Aku hanya telah menjadi sa-orang yang hilang.


2013-12-06

Joned


Joned, aku telah menulis beratus - ratus warkah untuk melupakan. Aku telah menangis setiap pagi mengenangkan kau yang selalu tersepit dalam kesesakan lalu lintas. Betapa kau sememangnya seorang yang tidak penyabar dan sering marah - marah. Mengapa kau masih diam membisu dengan mata melirik tajam ke arah aku? Separuh dekad kau sentiasa tersenyum dan kini kau pura - pura tidak peduli.

Kau sebenarnya mahu apa, Joned? Surat untukmu telah bertimbun di sudut kecil dan mungkin bakal bertambah. Kesejukan pagi terlalu membunuh. aku telah menjadi busuk dan pemalas agung untuk kau tatap. Joned, janganlah pergi diam - diam dan mencintai sepasang kaki ramping yang seksi. Ini sangat tidak adil. Bertambahkah imanmu dengan meninggalkan segala bintang di hatiku? Kalau ya, baguslah.

Sudah lama, Joned. Sudah lama. aku menangis menatap bajumu yang berbau luka. Joyah pun tidak mampu menangis seperti aku kerana dia terlalu bahagia dicintai engkau. Joned, jika ingin pergi jangan diam - diam. aku ingin tahu. Aku ingin pastikan kau selamat di balik sana. Tanpa bau Losyen Anugerah dan Losyen Mustajab, akan ada kekal sesuatu anih di balik hati kita Joned.



2011-10-24

2011-10-08

jujur sangat pun parah

kalau kau nak tahu, golongan XY di sini membosankan.
they never know how to make the situation less awkward.
that's y golongan XX suka bad boys.
so, jgn salahkan saya mama bila XY pilihan saya bukan golongan nasyid.
aku baru cakap mahu 'menjual',
sudah dipandang serong, lonjong, mahupun bulat.
memang bosan la kau ni.
tapi jujur, kau memang menggoda dengan senyuman manis,
cuma, 
jgn terlalu serius bisa ngak?
life is just fun and wild,
anyway, take care boring guy.

Pesanan Sinis: tengah rasa geli.



2011-02-11

Kau minumlah, aku tunggu.

sangat selalu tajuk tidak kompeten dengan entri.

mesti rasa bengang kan?

terfuck- up?

peduli la.

baru saja lepas menonton satu cerita. 



ye, memang aku lambat. cerita dah lama. tapi, aku terharu. bagaimana setiap seorang mencari cinta sendiri. 

aku sendiri kadangkala keliru.
hilang arah.
haha.
meroyan.

aku tertanya - tanya..

sanggupkah kau bersama dia sedangkan terang - terangan dia sudah menyarung cincin di tangan yang halal?

mahukah kau menjadi gadis yang memulakan istilah perigi cari timba?

masih kuatkah kau untuk bersama dengan lelaki yang tidak mahu terikat dengan perkataan 'perkahwinan'?

laman web sosial kah tempat kau mencari jodoh?

apakah yang kau akan buat apabila dia yang kau kahwini mengaku telah tidur dengan sejantina mu yang lain?
 dan

kawan menjadi kekasih, perlukah?

realiti.

bukan jawapan yang kau lihat diarah oleh pengarah di dalam  cerita itu.
bukan.
aku mahukan jawapan pasti.


benarkah?




kadang - kadang lelaki memang suka putar. nak - nak muka innocent.



penat tahu tak menunggu?


jangan percaya sangat senyuman lelaki.  tahu - tahu dah kahwin.


intiha nya, hanya kau saja yang tahu apa yang patut kau jawab.





How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...