pIcIsAn

My photo
I write a lot. Every seconds, every hours, every day, every month. But I realize you won't come back.

2010-08-30

Boxer baru Mr Perfect

ya.
dia saja punya boxer baru.
kasut baru.
kereta baru.
tapi awek lama.
dan kini,
dia buang yang lama itu,
untuk diganti mungkin.

senangnya jadi Mr Perfect,
semua orang nak bermesej dengannya,
tak perlu risau saham jatuh,
bak kata pengganti Hamka kononnya,
wanita awal - awal adalah surat khabar,
yang sentiasa direbut,
kemudian menjadi majalah,
terpulang jika mahu memiliki atau tidak,
akhirnya menjadi ensiklopedia,
dibiarkan bersawang dalam timbunan buku - buku perpustakaan.

tapi tidak pada mr perfect,
dia sentiasa laku,
jual mahal pun semua mahu,
kerana dia lelaki,
dan dia Mr Perfect.

2010-08-27

dilema hayat komunis


dikelilingi jiwa - jiwa gelap,
disaluti dosa - dosa hitam,
dibaluti noda - noda kotor,
tidak langsung mengindahkan harinya.

sang komunis mulanya tekad,
menghitung hari,
untuk merobohkan,
memusnahkan,
empayar ketuanan melayu.

namun semakin lama,
hatinya berdetak,
perjuangan itu,
hanya propaganda,
hanya agenda,
yang dikaburi fahaman komunisme,
tidak sekali - kali bertunjang kebenaran.

kini,
dirinya masih mengira,
perlukah fahaman ini diabadikan,
atau direalitikan,
dan kala ini,
teman - temannya sudah mula,
menganggar jumlah bani Melayu,
yang akan terkorban,
tanpa pusara.






2010-08-25

sAkit


Hari ini aku sakit,
Tidak dapat bekerja,
Aku mengimbau hal hari sabtu,
Hari tersebut aku disalut kesedihan,
Teramat,
Aku putus cinta,
Dengan orang yang sama,
Untuk ketujuh kali,
Ku ingin menenangkan fikiran,
Tapi dipaksa pulang ke kampung,
 Aku menangis dengan jayanya,
Sehingga selsema menyerang.

Ahad,
Masih normal,
Isnin,
Hidung mula mengeluarkan mucus dengan gembiranya,
Selasa, hari ini,
Aku mengambil cuti…

Sedang aku berehat,
Kedengaran lagu Sam- Crazy berkumandang,
Better Half Amy menelefon [ belum mampu mengubah nama manja itu],
Bertanyakan keadaan aku,
Perasaan aneh menyelubungi diri,
Dia mengintip aku kah??,
Amy mengatakan dia juga sakit,
Tidak dapat bekerja.

Aku dan dia sama- sama jatuh sakit,
Mungkin punca yang sama,
Tapi,
Sekarang memang musim H1N1 melanda,
Aku yang poyo,
Menganggap dia menangisi perpisahan ini,
Dan,
Tika ini,
Suaraku telah mula berubah garau.

Jam 1700
11 Mei 2010

Vann Diagram

13 Ramadhan itu.


Dia bukan sengaja mahu menggilis hati beliau. Tidak disangka, beliau begitu teruja mahu menamatkan hubungan itu. Sudah habis modus operandi memujuk, beliau tetap tidak mahu kembali. Ironinya, bukan kehendak mereka berdua semua ini berantakan. Satu saja yang mahu diucapkan dia kepada beliau



" when I saw moon, i was thinking about you"



Mei Ling baru putus cinta




i thought only human can feel sad.

2010-08-22

pUasA dAn mEi LinG

tidak tahu mengapa,
walaupun dah lama masuk Islam,
Mei Ling tetap tidak dapat kawal nafsu.

bulan puasa lagi parah,
ajak Ah Chai pergi pantai,
nak bercumbu,
nak berdekat - dekatan,
nak berpeluk - pelukan.

tapi,
diganggu pula,
pakcik motor kapcai,
berkain pelikat,
bercermin mata ala - ala geng Hujan.

Ah Chai memecut kereta laju,
menghantar Mei Ling segera pulang rumah,
dan tika ini,
sama - sama sedang menelaah kalkulus.

sumpah tempat tu sudah tiada privacy.

kIsAh - kIsAh rEmEh

A pergi makan bersama teman – teman gadis,
Z pula marah – marah,
Cemburu buta,
A hanya tenang,
Dan Z juga kembali tenang dengan hati membengkak,
Ini kisah remeh.

Seorang jejaka bermain mesej dengan Z,
A naik berang,
Maka dia juga menggunakan modus operandi yang sama,
Untuk mengingatkan Z,
Dia bukan mainan,
Ini kisah remeh.

Futsal menjadi kegilaan A,
Namun Z sering ditinggalkan,
Membuatkan Z sentiasa terasa hati,
A hanya mampu meminta maaf,
Ini kisah remeh.

Mereka sering merancang untuk keluar bersama,
Tapi A selalunya akan membatalkan,
Kerana banyak hal berlaku saat hampir,
Z mengamuk dan merajuk,
Ini kisah remeh.

Pernahkah A dan Z terfikir,
Lama – kelamaan hal remeh menjadi besar,
Menggugah kasih sayang,
Menambahkan kanser dalam hubungan,
Membuat mereka derita,
Dan menangisi setiap episod dalam cinta.

2010-08-20

piL pErAncAng kEdAi rUncIt

aku terbaca sebuah artikel, antara petikannya:

"Ada kajian yang melaporkan bahawa ikan jantan berubah secara fisiologi mempunyai ciri-ciri kebetinaan. ikan jantan dikesan mula membina protein yang terlibat di dalam pengeluaran telur oleh ikan betina dan berlaku perkembangan peringkat telur di dalam testis. kejadian ini dikaitkan dengan kehadiran bahan estrogen(pil perancang) di dalam sungai"

kesan sisa klinikal.
bagaimana pula kalau seorang budak lelaki 10 tahun tertelan dalam kuantiti yang banyak?
adakah testisnya berubah bentuk menjadi rahim?
selamatkan alam sekitar.

Peramah atau Pemarah

10 sebab mengapa Ah Chai tidak memberitahu Mei Ling tentang hal makan malam beliau bersama - sama teman serumah dan skandalnya:

1. Mei Ling cemburu buta.
2. Makan malam menjadi kekok.
3. Kemungkinan Mei Ling menyerang gerai tersebut bersama geng kapak.
4. Ah Chai ingin merasa makan malam tanpa kehadiran Mei Ling.
5. Mei Ling banyak cakap hingga air liur akan tersembur ke dalam pinggan semua orang.
6. mereka sedang bergaduh pada hari tersebut.
7. Ah Chai tahu Mei Ling akan menyimbah muka skandalnya dengan air halia soya panas.
8. Gerai tersebut tidak gah mana pun untuk dibanggakan.
9. Ah Chai mahu persekitaran baru, bersama skandal baru.
10. terlalu banyak sebab dan kemungkinan.

Ah Chai, tahniah kerana telah mewujudkan persatuan merampas kekasih orang. terima kasih.

2010-08-16

Sisi Diri Kekwa

Kekwa,
Jangan menangis ya sayang,
Kamu punya hidup yang normal,
Cuma kadangkala,
Jiwamu mahu lebih daripada itu.

Kekwa,
Sekiranya kau tahu,
Hidup ini kejam,
Penuh anasir mahupun roman- roman jahat,
Kau harus bersabar,
Perintahnya adalah untuk kebaikanmu,
Agar kau menjadi wanita agung.

Kekwa,
Hati mudamu memberontak,
Aku tidak dapat membantu,
Kerna kuasa bukan pada aku,
Pandanglah dari sudut positif,
Pasti kau lebih tenang.

Kekwa,
Pasti kesabaranmu dibalas sesuatu lebih indah,
Lebih berharga,
Lebih bersinar,
Pada saat itu,
Bersyukurlah kerna telah diperintah,
Mencuba merapati watak gadis suci.

Kekwa,
Mungkin hidayah itu belum tiba,
Tapi jika kau berusaha,
Pasti kau dikasihani,
Maka jangan memandang sepi pengisian rohani,
Hanya itu bisa mematikan niat penuh nafsumu.

Kekwa,
Moga kau dirahmati Allah,
Sokonglah ibumu,
Kerna syurga terletak di bawah kakinya,
pabila kau berada di tempatnya,
pasti kau akan mengerti….

aSmArA sUltAn mAhmUd

Adakah benar stigma raja sering menyeksa rakyat jelata?
Pada mula hamba bernafas,
Hanya membatu diri,
Anggap semua itu mitos.

Setelah 19 tahun,
hamba cuba melupuskan stigma tersebut,
Namun,
hamba tidak berdaya,
Seperti benarnya lagenda sultan Mahmud mangkat dijulang kerana kejam,
Dan hamba dalam seksaan amat hebat.

Hamba tidak mampu,
Menerima tamparan maha agung ini,
Pabila mendapat pengumuman dari mulut sang raja,
Mengatakan akan bersemayam di singgahsana bersama pemaisuri lain,
Menampakkan hamba seperti gadis hina,
Tiada maruah,
Berangan – angan,
Dan paling pedih sekali,
Ia menjadikan hamba seperti gundik yang tiada nilai,
Hanya menjadi santapan raja di malam hari.

Darjat terlalu mengikat,
Taraf hidup juga berlainan,
Ternyata hamba dan sang raja tidak berjodoh,
Untuk menghasilkan pemerintah lain yang lebih gah.

Tidak juga hamba menyalahi,
Nafsu serakah yang menjerumuskan hamba,
Membutakan mata dan hati,
Memberi kenyataan palsu,
Dan hamba tergolek,
tertewas,
Tersungkur,
Tiada mahu bangun,
Kerana seperti wajah hamba bersalutkan lumpur dicampuri najis.

Sang raja,
Maafkan hamba mengheret tuanku ke kancah permukahan hina ini,
Ampun tuanku….





0306 tahun 2010 masihi.
Jam 2245
Pengasah pensel diraja

Bangku Kaki Tiga

Di hadapan kedai gunting,
Tertancap mataku,
Terhadap sebuah bangku,
Ku kira fizikalnya biasa,
Berkaki tiga,
Berpewatakan usang.

Seorang muda,
Menghampirinya,
Lalu melabuhkan punggungnya,
Dia memandang jauh,
Kelihatan sedang dalam penantian.

Fikiranku berlari- lari,
Membawa aku ke sudut pujangga,
Mungkinkah seorang pelacur,
Pegawai kerajaan,
Anak muda putus cinta,
Si tua kepenatan,
Ahli politik penipu,
Pernah mendiami bangku tersebut?

Bangku berkaki tiga,
Fungsinya tidak langsung dihargai,
Juga tidak dihormati,
Namun jasanya,
Telah membantu,
Sang pelacur,
Pegawai kerajaan,
Anak muda putus cinta,
Si tua kepenatan,
Ahli politik penipu,
Melepaskan lelah masing- masing,
Membuat percaturan hidup,
Menyesali dosa lau,
Juga menghadapi hari bahgia.

10 tahun kemudian,
Jika bangku tersebut masih utuh,
Ku harap sumbangannya,
Mampu membina empayar manusia,
Walau aku mungkin sudah ‘dipanggil’….

berpimpinan


Tatkala aku melintasi jalan raya, tanpa ku sedar tangannya yang ku sauk. Atas dasar kemanusiaan, ku bergegas menariknya agar tidak dilanggar oleh mana- mana motokar mahupun motosikal. Namun segalanya tidak lama, dia sudah pergi disakiti aku yang curang.
            Pernah aku berfikir, mengapa dalam keadaan terdesak sahaja, aku menonjolkan semua kasih sayangku?. Aku melihat si anak dipimpin tangan oleh ibunya, suami memegang erat tangan isterinya, dan kekasih berpegangan tangan tanpa menghirau sesiapa. Tanganmu dan tanganku, pabila bersentuhan, terasa ada satu kemesraan terkeluar. Bibir melorek senyuman, dan kadangkala bisa menjadi panahan. Terasa damai melihat tangan kita bertautan, wahai ibu, ayah, adik, teman, kekasih, suami, isteri dan seantero saudara.
            Aku terasa berenang di dalam kolam hotel termahal pabila ada yang sudi memegang  erat jemariku di kala kita melintas jalan. Owh, dunia bertukar menjadi alice in wonderland…
Berdoa saja ada yang mampu memberikanku itu…. Noktah.