pIcIsAn

My photo
I write a lot. Every seconds, every hours, every day, every month. But I realize you won't come back.

2012-01-31

boria dan satria

Dia memang gemar menari
bersama gemersiknya alunan lagu yang berulang
menyusun setiap gerak 
sambil tersenyum penat dan puas

namun kaki yang terkehel
bersama hati yang membengkak
membuat semua jadi pincang
oh ye, perut juga tidak henti mengeluarkan amaran lapar

hari ini saja dia mengeluh
jiwanya sedang nanar
tarian yang dipersembahkan juga tampak begitu kekok dan sampah

dia sudah tidak yakin
hatinya muak
terlampau banyak kepura - puraan
dan terlalu asyik mereka meminggirkan dia

tidak layak
itu yang sedang dilagukan dalam diam
dalam kelam
muram mahupun pendam
cuma harap tidak menjadi dendam
tidak layak berada di sisi mereka yang kental dan berbakat

satu saja kau harus kekalkan dalam ingatan dan perasaan
walau dia sudah pergi atau dibuang
dia memang gemar menari.


2012-01-19

Genie

kalau dahulu
aku biasa saja bersorak gemalai menonton jejaka - jejaka berkaki ramping menari bersama bola
aku tidak pernah terfikir akan teringat kamu
berpura - pura tidak mengingati kamu sebenarnya pedih
kerana hubungan persahabatan kita erat
aku lebih gemar memanggil kamu sahabat
kerana kamu pasti akan menyenangkan hati aku yang gundah dengan susunan perkataan indah
maafkan aku atas semua salah faham
dan cemburu 
di pihak aku
mahupun kamu




Khas untuk kamu yang dekat namun jauh hakikatnya.

2012-01-07

Mata yang Menipu

hari - hari yang aku lalui bersamanya memang meriah
di mana kami sering membisikkan kata cinta di telinga
mengundang senyuman yang romantis
sehingga aku tidak mahu pulang ke asal usul
kerana takut akan terlupa akan dia
seterusnya mencari cinta yang lain


semenjak usia kasih sayang menginjak ke tahun 4
aku mula mencari
di sebalik helaian rambutnya yang aku sebak ke belakang
tentang perasaan cinta
yang sepatutnya suci dan wangi


aku mencari masa depan
aku mencari lelaki yang boleh menjaga agamaku
aku mencari orang yang boleh aku bersama di syurga nan abadi
dan ya
aku mencari orang yang akan memuliakan aku sebagai isteri


kiraan umur bukan sesuatu yang membanggakan
kau hanya mengira ke atas
dan meninggalkan angka kecil di belakang
kadang kala menjadi depresi
bagi sesetengah insan yang tidak menerima hakikat


Alexander,
cinta bukan hanya penyatuan kasih sayang
ia tentang tanggungjawab atas perasaan yang telah kita sama - sama lontarkan
aku mahu mempunyai zuriat yang baik rohani
dan fizikalnya
aku mahu menjadi ibu yang bisa memberi didikan agama seelok - eloknya
biar aku tidak ralat dan berdosa
di usia hampir mati


aku terima jika jodoh tersurat dengan orang lain
tapi aku masih berusaha mahukan kau membimbing aku
yang sejujurnya
aku mahukan kau
menjadi ayah kepada anak - anak aku
aku tahu kau akan menjadi yang paling penyayang dan bijaksana


aku ingin kau tahu
cinta aku bukan berlandaskan nafsu dan keseronokan semata - mata.














2012-01-04

Hari Keempat 2012

tahun baru aku meriah
tapi tidak menggembirakan
kerana aku terpaksa berdepan kertas - kertas kapitalis untuk berjaya dalam semester 1





























Lokasi    :Melaka Bandaraya Bersejarah.
Masa      :Malam 01 01 2012

aku, Makcik Bongsu, Rakannya juga sudah memulakan perniagaan baru.





















oh, aku juga punya hasrat, bukan azam yang biasa diwar - warkan sesetengah insan.


1. aku ingin cuba membuang trauma membawa kereta. sudah tiba masa untuk bangkit. gara - gara ini aku terpaksa memerap lesen P yang akan tamat bulan Mac 2012 ini. aku harap tahun ini aku akan lebih berani.
















P pesan kat S bisik - bisik = Selamat menjadi semakin tua semua.