Showing posts with label muhasabah cinta. Show all posts
Showing posts with label muhasabah cinta. Show all posts

2012-10-06

Perihal Tergugat yang Bukan-Bukan

Dia punya tabiat rasa hati yang buruk
di mana semua gadis cantik seperti ancaman
yang mencarik ruang kelemahan
di sebalik senyuman dan hijabnya

asal bertemu gadis panas
dia mula dirundung sepi
mula mencari di mana harga diri
mula mengira pelaburan yang harus dilakukan
hanya untuk memastikan
kau tiada berpaling

kisah sebenarnya
dia tahu kau mahu dia 
menjadi orang yang kau terpikat dahulu
yang bahagia tanpa gusar
yang mampu berdiri tanpa perlu menggigil 
menanti semua kata penilaian

kau punya kawan cantik
bekas teman wanita comel
rakan sekerja yang anggun
dia harap
kau mampu setia
pada redup mata dan mungil bibirnya
yang mengisytiharkan cinta

semoga rasa tergugat itu tidak melunturkan rasa yang sedia ada cukup rasa.






dia mahu jadi yakin seperti gadis ini.



2011-02-15

Tutup Sebelah Mata

tak lama saja lagi
tarikh itu akan tiba
27 Februari 2011
hari cinta ditanam
dan tidak muncul lagi.


tak perlu tutup mata guna tangan

tapi
dia seperti perasan
kata - kata yang aku tuju padanya
dia membalas
"cakap x kena tempat memang cari padah"

apakah?
untuk aku?
kenyataan yang membawa padah
pada kita berdua

janganlah begitu
aku tidak menyatakan nama kau, Mr If
maksud aku nama sebenar

cinta memang buat aku nanar
lebih - lebih lagi pabila berkaitan Mr If
pergi la jauh2!!

kau sudah terkenal
bagus lah
dapat bertemu lebih ramai gadis
tapi ikhlaskah mereka pada kau seperti aku dulu?

fikir la
orang yang kau buang ini
pernah kau cuba jilat ludah sendiri dulu
tapi maaf
ketika itu
aku sudah punya Mr Perfect

pergi la sambil mengingati kenangan kau yang bodoh bersama Ebby.

makan lollipop lagi bagus

How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...