pIcIsAn

My photo
I write a lot. Every seconds, every hours, every day, every month. But I realize you won't come back.

2011-02-28

Kena Berani

semua orang berkata
LR salah
YZ pon salah 
haha


untuk ini
saya katakan dua2 pun salah
tapi saya lebih suka LR
dia nampak bersahaja


YZ nampak terlalu menarik perhatian dengan tubuh badan
ouch
sakit
maaf.


LR
terus la berjuang
menyedarkan mereka yang terlalu berangan - angan


aku masih menyokong LR,
maaf YZ.


dah, xyah nak minta simpati sangat



2011-02-24

Menelan Racun Dengan Rakus


Sejarah 1

Menegur si bekas cinta 
bukan bermaksud aku masih kasih
cuma ingin tahu lebih lanjut
apa yang berlaku dalam hidupnya
aku tiada niat pun mahu bersamanya semula
sudah tampak terang dia berpunya
maaf, Mr Perfect
aku masih mahu engkau

Sejarah 2

ya, mulut aku kejam
menikam
sampai dalam
tapi
engkau sahabat terindah
mengapa aku perlu menikam engkau sesadisnya?
tidak mungkin 
aku masih sayang
beri lah senyuman 
dan
usirkan lah semua rasa jiwa yang berlumur darah

Sejarah 3

sejak masuk tahun menjadi 20
aku kurang pasti
degupan jiwa aku makin sensitif
kata - kata sarkastik
sudah lambat untuk hadam dalam sistem
membuat jiwa aku bocor berdarah
sehingga semua idea terbejat
Mr Z
dia memang perlu lebih peka
bukan bersama dunia air dan dahi jendulnya sahaja


aku mahu racun sekarang. biar ia meresap di ruang pernafasan. membiarkan aku terlentang dan hanya ditemui pabila sakaratulmaut membiarkan jasadku terbuntang.

2011-02-23

Hidung Menghidu Bau Hamis

Kali ini, mari kita sama - sama membuat konklusi .


Mei Ling bukan lah seorang yang setia. tetapi kuat benar cemburu. seks pun kuat juga. 
kebiasaannya orang kuat cemburu amat menyayangi kekasih hati. apa kes pula dengan Mei Ling? 
dah la selalu buat zina mata, zina tangan wat sexting ngan orang lain, tapi nak cemburu koyan - koyan pula dengan Ah Chai. tak faham sungguh.  


apakah puncanya?


ha, mari kita membuat hipotesis.


1. Mei Ling x mahu Ah Chai curang macam dia.


2. Ah Chai banyak duit, takut pitis2 itu tertumpah pada orang lain.


3. Dah terang lagi berunggun api Ah Chai ada kereta, kalau curang mesti Ah Chai bagi banyak alasan xnk bawa Mei Ling keluar. Alasan, nak save bajet.


4. Takut makhluk gedik terutama seorang tu yang sem 2, diploma in islamic banking, yang bg coklat letak kat Neo Ah Chai, [ sarcasm] sambar kalau Ah Chai pun layan.


5. Dah memang keturunan! nak wat camne. 


nak wat bisnes ni.

owh, ye,
kepada kawan - kawan Ah Chai tu,
x perlu la kot nak bagi nombor Ah Chai kat makhluk gedik,
terutama yang sem 2, islamic banking tu ye,
coz dia juz akan mesej
begini,
"u, i suka tengok u, tak tau nama tapi orang panggil moon,
u x kenal i, tapi i kenal u"

kenapa x terus terang je,
" u, awek u tu x cantik. u kan kachak, bergaya,
couple la dengan i, i muda, awek u tua, x berapa nk islamic banking lak tu, pilih la saya"
sambil mendabik dada yang x berapa 54D itu.

life is shit. but it is becoming bullshit when she exist.

FACEBLOG [ dapat lihat wajah blogger kah?]

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.








seakan - akan facebook.


tp ini faceblog.


selamat menjadi rakan.

2011-02-22

Bulan ini terlalu Sentimental dan Membunuh

saat Februari menjelma
pasti ramai kekasih sedang bahagia
mengira wang membeli bunga
memburuh dengan lebih kuat mencari pitis
demi hari cinta agung
14 Februari


namun aku terduduk sendiri
mengimbas detik lalu
saat malam 23 Februari
hari aku dan Mr If menjadi satu
hari sepatutnya aku tersenyum


3 tahun lalu
hari yang sama
aku menanti perutusan kata - kata
mengucapkan selamat ulang tahun pertama
menunggu
membatu
menyepi
hanya satu mesej diterima
mengatakan selamat ulang tahun kepada kita berdua
itu saja
tiada panggilan
mahupun usahanya untuk meraikan hari itu


3 hari kemudian
dia memberitahu aku
rasa ini sudah tidak mampu diteruskan lagi
alasan yang sangat tidak relevan
yang tidak mampu aku hadam
yang sangat meruntun jiwa wanita aku
yang sadis ini


tegar benar dia memberi lagu Sixth Sense
tidak dapat memilihmu
tidak dapat memilih aku
memang benar - benar bikin jiwa aku tunggang langgang
tika itu


tampak benar dia tidak pernah 
mencuba menghargai
menyayangi
seperti aku


kini aku hanya mampu 
membilang jam ke hari itu
harapnya dia juga begitu


Mr If
selamat ulang tahun kita menjadi satu esok
dan
selamat menjalani hari kita kembali menjadi dua 3 hari nanti.


berpisah


owh, tidak la begitu terdesak sebegini



seperti inikah wajah aku tika itu?

2011-02-15

Tutup Sebelah Mata

tak lama saja lagi
tarikh itu akan tiba
27 Februari 2011
hari cinta ditanam
dan tidak muncul lagi.


tak perlu tutup mata guna tangan

tapi
dia seperti perasan
kata - kata yang aku tuju padanya
dia membalas
"cakap x kena tempat memang cari padah"

apakah?
untuk aku?
kenyataan yang membawa padah
pada kita berdua

janganlah begitu
aku tidak menyatakan nama kau, Mr If
maksud aku nama sebenar

cinta memang buat aku nanar
lebih - lebih lagi pabila berkaitan Mr If
pergi la jauh2!!

kau sudah terkenal
bagus lah
dapat bertemu lebih ramai gadis
tapi ikhlaskah mereka pada kau seperti aku dulu?

fikir la
orang yang kau buang ini
pernah kau cuba jilat ludah sendiri dulu
tapi maaf
ketika itu
aku sudah punya Mr Perfect

pergi la sambil mengingati kenangan kau yang bodoh bersama Ebby.

makan lollipop lagi bagus

2011-02-12

Padan Manusia Dah Tiada Ilmu Ikhlas

kalau tak pergi, kena saman.


hari - hari aku dengar lontaran kata - kata ini.


mujur saja makanan itu keperluan.


jika tidak, saman diberi pada yang tidak mahu ke restoran mahupun kafe.


cermin diri sebelum makan


hari - hari kena paksa,
mampu ke tahan?
lebih - lebih lagi dengan gadis tampak alim tapi bodoh,
si ganas yang obses,
x lupa ketua mereka yang kecil tapi ego besar membukit,
oh, bukan seperti Broga Hill ya.

tampak sangat institusi kolej di hujung dunia ini semakin haru.
kau x percaya kah?
datang la sini.
itupun jika kesan - kesan 'residue' di sini belum mampu merebahkan bangunan pendidikan ini ke sisi tanah.

" terima saja la, duduk asrama memang begitu"
hey, dulu aku gembira sangat di asrama.

"ye la, dah setahun kan kau tinggalkan kamsis ni"
owh, ni lagi satu,
kalau saja kafe itu meriah seperti dahulu,
petang - petang dapat lihat orang memperbodohkan diri dalam Jangan Lupa Lirik,
pasti saja aku bersyukur dapat menyewa kamsis yang hampir roboh ini.

Jangan salah faham.
aku pun tidak tahu.
nampak aku seperti sedang memboikot kah?
haha.
mungkin.
lebih kurang.

memang aktif manusia - manusia berinstitusi dalam ini.
ceramah sana sini,
sampai tersembur ke selendang gantung - gantung baru aku,
apa pun x dapat.
kenapa?
kau tanya aku kenapa?
kerana semua di sini hanya dipaksa saja.
ulang ayat atas,
"kalau x pergi, kena saman".

satu manusia baik pun kau x dapat bentuk.
jiwa ikhlas itu dah tenggelam.
termendap.
bersama tanah - tanah yang kau tambak di sini,
di bawah bangunan yang 2 hingga 3 bulan kemudian perlu ditambak semula.

apapun, tahniah jika jiwa kau memang diselaputi ikhlas yang x mampu digugah.


dah2, jangan sarkastik sgt. nnti dikeji. senyum ye.

2011-02-11

Ucapan Romantis Untuk Kekanda [ye, awak la]

terserempak dengan si manis ini.

ya, beliau yang buat segmen ini.

beri peluang pada aku yang konon - kononnya romantis.

haha.

Pandangan mata sepetnya tidak langsung memikat hati aku waktu bertentangan pertama kali. Dia duduk di belakangku waktu kelas Puan Rahayu yang sering menjadikan aku mangsa melepaskan amarahnya hendak bermula. Usai kelas, dia pun berlalu. Berdasarkan maklumat si mulut - mulut gemuk mengatakan baginda adalah budak baru DAS [ Diploma Alam Sekitar] 1. 

Baginda pendiam. Semakin galak mereka mengganggunya. Tiba - tiba aku pula termasuk ke dalam diskriminasi mengharu birukan baginda. Tanpa sedar, kelihatan seperti aku dan Arrasyidatul Hasanah berkempen untuk pilihan raya hanya untuk meraih undi baginda seorang. Aku dan Arrasyidatul kerap datang ke tempat duduknya ketika kelas lukisan kejuruteraan untuk memantau perkembangan lukisannya yang tidak seberapa nak siap.

Satu roh meresap ke dalam jiwaku tatkala melihat senyuman sepetnya. Satu - satunya lelaki dalam kelas yang membuat jiwa aku dan hati berdenyut - denyut dan menjadi tunggang langgang. Hey, roh apa dah masuk jantung ini??. Kemudian, roh tersebut membuat aku dan baginda berbalas senyuman.


Aku seorang yang aktif membuka akaun Myspace. Sedang bersantai- santai mencari teman untuk ditambah, aku terjumpa satu akaun bertajuk ‘Stylicious’. Setelah ditonggeng, diterbalik dan diselidik, owh, baginda rupanya. Sudah punya kekasih. Agak comel. Sederhana. Sopan. Uncovered hair. Aku dan baginda menjadi teman dan mula menjalankan agenda poyo mengkomen gambar masing- masing sebagai tanda terima kasih. Baginda seorang yang bising di dalam komen- komen yang diberi. Roh yang pernah merasuk dahulu, tiba- tiba datang kembali. Tetapi kali ini ia lebih stabil. Kurang berdenyut dan nanar.


Baginda memaksa roh yang merasuk aku memberi nombor telefon kepadanya usai jamuan berbuka puasa di dewan banquet. Malam itu, telefon bimbit murah aku yang berjenama Nokia menerima pesanan ringkas dari nombor baginda. Roh aku tersentak kerana tanpa dahsyatnya halilintar melanda politeknik, dia melamar aku menjadi teman wanitanya. Alasannya, tidak mahu aku terlepas. Bicaranya lagi, dia sudah tidak sehaluan dengan si gadis sopan itu. Sudah tiada apa- apa.  Terkedu. Terdiam. Terpaku. Terpaku tekan. Terstapler. Minggu tersebut kami bercuti selama seminggu untuk menyambut raya puasa. Baginda menyedari kekhilafan dan menyuruh aku melupakan lamaran tergesa- gesanya itu.


                26 Oktober 2008, aku dan teman- teman lama dan tua, membuang masa di Jusco Bukit Tinggi. Tanpa pengetahuan, rupa- rupanya mereka membawa teman- teman lelaki tua mereka. aku yang sudah menjanda selama 4 bulan ini, terlibat ke dalam kancah makan beradab pengantin mereka. Roh dahulu menerjah dan memaksa ingatan aku menimbulkan imej baginda.Di kala petang itu,  aku menjadikan roh tersebut lebih kuat dengan bertanyakan,

“ Tawaran awak untuk saya dulu masih terbuka kah?”
“Cuma menunggu cik zafirah approve sahaja”
“ erm, ok la, I dah approve dah ni”
Baginda terdiam. Aku menerima pesanan ringkas.
“ terima kasih b!. I hepi sangat!!. Sangat- sangat!!. I janji xkan deny approval u, zafirah..”
Dan, roh itu semakin sebati dan selesa bersekedudukan denganku. 

 sangat comel kn si harimau? haha.

Si Harimau di atas sangat menyentuh perasaan apabila dia menyelesaikan tugasan matematik aku yang terbengkalai akibat 'chicken pox' yang menerjah.

Baginda juga sanggup mencampak telefon bimbitnya ke dalam longkang untuk menunjukkan baginda tidak curang. [ok, ini bodoh, tapi, aku suka].

Apabila berjalan di tempat panas, serta-merta tangannya akan melindungi wajah aku dari teriknya mentari.

Terasa seperti kembali ke zaman kanak - kanak apabila bersiar - siar dengannya di Zoo Negara. ya, dia melayan sahaja semua kehendak aku.

Sangat romantis bersama menaiki Eyes of Malaysia berdua di malam hari berteman pemandangan laut Selat Melaka. [ sangat poyo owh!]



 mengade - ngade je edit gambar konon cinta mendalam.



             Dear Nadzmi,

              Sedang malam ketika aku membuat luahan ini. Aku terlihat Moon. Terlihat wajah kamu pula. Menggigil menulis kata - kata ini. aku cinta kau. Sudah biasa kan?.Kita bertemu ketika usia aku 17. Masih cinta ketika 18. Dan berterusan ketika 19. Semoga tahun usia aku menginjak ke 20 ini, kau masih setia. Menjadi yang teratas di hati.

             2 tahun, 3 bulan, 2 minggu dan 2 hari. Itulah usia kita saling menganyam kasih sayang di jiwa masing - masing.Tipulah jika tiada langsung ancaman perang dalam tempoh itu. Kadangkala, memang penat  hendak meneruskan. Sangat. Namun, atas rasa cinta yang masih hidup, aku gagahkan.

              Terima kasih kerana masih ada di sisi walau selepas kejadian belakang kereta Hilux ditabrak oleh penunggang motosikal mabuk.

                Selepas aku meninggalkan kau menaiki Persona bersama S.

Selepas kau mencuba mencari cinta baru bersama L.

Selepas kita menjadi pengunjung tetap Pusat Islam selama sebulan akibat terdorong jiwa muda.

Terima Kasih.
Yang teramat.

                Hari ini, aku melaungkan kepada semua, aku di kemuncak kesyukuran dapat bersama engkau. Serius. Biarlah semua mulut - mulut pembinasa. Kau yang paling memahami dan menyayangi. Semoga rasa itu kekal dan hingga saat kau mencium dahi aku di hari pernikahan kita. Aku berdoa. Semoga kau sihat selalu dan terus mencintai aku.

Yang capik namun gembira,
Fey

  

               

Kau minumlah, aku tunggu.

sangat selalu tajuk tidak kompeten dengan entri.

mesti rasa bengang kan?

terfuck- up?

peduli la.

baru saja lepas menonton satu cerita. 



ye, memang aku lambat. cerita dah lama. tapi, aku terharu. bagaimana setiap seorang mencari cinta sendiri. 

aku sendiri kadangkala keliru.
hilang arah.
haha.
meroyan.

aku tertanya - tanya..

sanggupkah kau bersama dia sedangkan terang - terangan dia sudah menyarung cincin di tangan yang halal?

mahukah kau menjadi gadis yang memulakan istilah perigi cari timba?

masih kuatkah kau untuk bersama dengan lelaki yang tidak mahu terikat dengan perkataan 'perkahwinan'?

laman web sosial kah tempat kau mencari jodoh?

apakah yang kau akan buat apabila dia yang kau kahwini mengaku telah tidur dengan sejantina mu yang lain?
 dan

kawan menjadi kekasih, perlukah?

realiti.

bukan jawapan yang kau lihat diarah oleh pengarah di dalam  cerita itu.
bukan.
aku mahukan jawapan pasti.


benarkah?




kadang - kadang lelaki memang suka putar. nak - nak muka innocent.



penat tahu tak menunggu?


jangan percaya sangat senyuman lelaki.  tahu - tahu dah kahwin.


intiha nya, hanya kau saja yang tahu apa yang patut kau jawab.