2010-10-29

Jam dan Jamban

               I make this post more to berpijak di bumi yang nyata dis time. Anyhow, benda jadi rumit sangat bila dah besar. Aku bukanlah besar sangat pun, just grown up. Learning everything that comes to my life.  Last night, I watch EAT PRAY LOVE. Just an ordinary story. But, I like the way she finds herself by planning her journey to Rome, India and Bali. Well, it's a happy ending story. Finish. Haha.


            Planning is just a simple task to do. Ah Chai said he wants to get engaged when he turns 21. Ironiknya,dia x bersedia pun nak berkahwin. Babe, jangan cakap kalau kau x maksudkannya pun. Xkn kau nk aku bagi lagu Lovefool, begging you to keep loving and stay while you don't ever think about it? 






Camtu?   


                   This is ridiculous. Janganlah buat muka kalau aku x dapat bagi apa yang kau mahu. Nobody perfect. Tolong la jangan berbunuhan sesama sendiri. Ini kisah lain pula. Di kala final makin hampir, aku sudah ketandusan ilham. Bagi aku yang x berapa hebat dan gah macam kau, suara aku hanya bagai angin lalu. Tidak perlu mendabik dada, mencanang sana sini mengatakan " aku hebat, pandai, semua suka aku, kau sapa? tolong la berambus dari jalan aku, buat semak je muka kau kat sini", itu yang kau mahu katakan bukan?.


                Sedar la. Memang aku tak bagus, x hebat, x kaya, x hot (kau hot ke mslhnya?) tapi x perlu la bangga2 sampai begitu sekali. dah macam Teh Tarik Gelas Besar pula gamaknya post ni. Sumpah. Aku x bengang pun masa tulis ni. Sukaria je. Tapi, ntah. Nak kontroversi agaknya.


                Apa - apapun, life must go on. Jadi teruskan la hidup dalam keaadan kau sekarang. Terma kasih.  




                  

2010-10-27

Surat Minta Maaf

Dear Marissa,


                   Hari ini kita bangun bersama. Di dalam bilik yang sama. Mengapa tidak mahu tidur bersama?. Sudah lama aku tidak menulis surat. Semenjak dunia kita sudah menjadi hanya soft copy. Hard copy semakin dilupakan. Maka kali ini, aku ingin alamatkan surat ini kepada kau, Marissa.


                 Kita tidaklah selalu sekepala. Cuma kadangkala ada hal yang membuatkan kita bersatu.   Aku harap dapat memahami kau dengan lebih dekat. Cuma sikapmu kadangkala memaksa aku berfikir, yang mana satu dirimu yang sebenar. Sudah banyak bantuan yang kau hulurkan. Aku sangat menghargainya. Pabila aku sudah mempunyai wang, aku berjanji akan membantu kau semampu aku.


               Aku bukan sengaja berbuat begitu, sejujurnya saat itu aku dalam keadaan  terburu - buru. Bukan aku harap kau marah, cuma luahkan dan beritahu apa yang patut aku lakukan. Hati aku akan lebih aman begitu. Namun, kau hanya berdiam diri. Aku serba - salah. Setiap pergerakan aku seperti hina di mata kau, Marissa. 


              Aku merayu, silalah bercakap semula. Beban kita semua mungkin terhapus jika kau bercerita dan berterus -terang. Segala masalah dapat dihindarkan daripada menjadi lebih kalut dan mengarut. Marissa, jadilah yang dahulu semula. Kita semua punya masalah. Walau mungkin bukan cara engkau, untuk kali ini sahaja, bantulah aku membuang nanar di jiwa.


            Surat ini hanya untuk engkau. Surat memohon maaf. Memang aku banyak membuat khilaf. Aku yang masih mentah ini. Perlukan bantuan mencari identiti. Kau dan mereka saja yang dapat membantu. Marissa, sekali lagi, maafkan aku. 




                                                                                                         Si Capik Jiwa,
                                                                                             Kebaya Sendat Sepatu Merah







   

2010-10-23

Second [ Mr If ]



         Kali kedua. aku bertemu kau semula. Di saat aku menganggap kau telah mati bersama serpihan kenangan. Kau muncul bersama senyuman yang selama ini aku cari dan rindui.Namun, ia bukan untuk aku.

         Benar. Sangat perit. Tatkala kau berlalu 2 tahun yang lalu. Aku yang polos hanya mampu menerima ucapan membunuhmu. Sudah berapa gelen airmata ini mengiringi pemergianmu melangkah meninggalkan aku. 

        Bukan aku tidak berusaha membuang kau. Tanyalah semua jiwa. Aku sangat bersungguh - sungguh. Mungkin kerana senyumanmu masih tertinggal dan mampat di dalam setiap perbuatan dan percakapanku. Jangan lah hukum aku atas kesalahan itu.

        'Brownies' yang kau beri masih rapi di bawah katil. Walau tidak sebesar 'Tonggeng', kadang - kala aku masih mengintainya di balik cadar. Nampak aku sangat terhegeh - hegeh kah?. Semuanya kerana kau.

       Mengapa muncul dahulu kalau bukan aku yang ingin kau pilih?. Senang saja kau menelefon dan mengatakan tidak mampu meneruskan rasa cinta dan sayang. Malam itu, ku susun semua pemberian dan nota nota yang kau gubah. Carilah titisan air mata ku di setiap ayat - ayat cintamu. 

      Sifat aku sangat menyusahkan kau. Maaf. Itu hanya berlaku apabila aku sudah terlalu menyayangi. Kau tidak selesa. Aku tahu. Itu saja cara aku meluahkan cinta. Dahulu, kau selesema. Miss W kata, sebaik saja kau melihat aku, baru lah kau melebarkan senyuman ikhlas. Aku terharu kerana pernah menjadi sumber kekuatanmu ketika kau lemah. Jadilah penyokong aku sekarang kerana aku sangat rapuh.

     Sila hadirkan diri dalam hidup aku pada 3 November 2010. Itu saja aku pinta.



 second - brown eyed girls

        


2010-10-21

Beberapa Hari Selepas Itu

melihat kamu semula,
membuat aku terkedu,
tampak gembira,
kau semakin bergaya,
punya citarasa gah.


aku bukan mahu kembali kepada kau,
cuma aku kagum,
hebatnya kau melangkah selepas beberapa hari itu,
saat aku terpasung,
deselubungi perasaan yang kau tinggalkan.


kau sangat kejam,
setelah menghadiahkan aku semua perasaanmu,
kau buat endah,
menganggap tiada sisa yang kau berikan.


setelah dua tahun,
aku mula sedar,
hubungan itu memang singkat,
akibat tiada kepercayaan,
derita yang beraja.


namun,
kau harus tahu,
hanya kau di hatiku dulu,
terlalu banyak telah aku korbankan,
untuk menjadikan cinta kamu itu kekal.


mungkin aku yang mengongkong,
terlalu menyayangi,
menjadikan kau lelah,
dengan semua episod samarinda,
yang telah aku slotkan,
hanya untuk kamu.


cinta pertama,
ya,
itu kamu,
aku hampir lupa tarikh penyatuan kita dahulu,
bulan  februari,
bulan cinta kita,
tetapi juga menjadi bulan perpisahan.


janganlah kau membuang aku,
aku bukan mahu dikasihani,
hanya mahu menjadi teman,
yang kau bisa senangi,
sayangi,
menjadi teman luahanmu.


bantu lah aku untuk membuang perasaan kekasih ini,
hanya kau saja mampu,
kerna sejujurnya aku tidak larat,
mengkikir  kasih sayang,
yang masih mengeras dan pejal itu.


kalau kau lalu dan terbaca ini,
janganlah salahkan aku,
kerana ini saja cara untuk membuang rasa duka tatkala kau mengatakan tidak mampu memilih aku pada malam itu.

2010-10-18

Bacalah Jika Aku Masih Bernilai

             Sejujurnya aku tidak mahu begini. kamu semua yang aku sayangi. cukuplah propaganda yang telah kita cuba atasi seawal perkenalan dahulu. perit jerih kita cuba memadamkan persepsi semua pengajar kearah kita. dan kini, ia seperti kembali. bukan kau yang aku marah, tapi diri sendiri kerana tidak tahu menilai apa yang sirna.
           Kau sahabat. dia kekasih. sama- sama berjuang di dalam satu modus operandi yang sama. mana mungkin aku lupa semua kebahagiaan kita. aku harus hapuskan punca. ya. tapi ke mana arah harus aku buang ia?. maafkan aku. aku benar- benar ikhlas memohon maaf. salahkan aku saja atas semua yang berlaku. 
                 Tidak tergamak aku melihat titisan air mata manusia yang berstatus tulang belakang aku. Miss Y. jangan la kau lukakan dia hanya kerana kebenaran yang dia luahkan. punggahkan saja semua kepada aku. sila berjanji jangan robek hatinya lagi.silakan. aku redha. andai ini bisa meringankan beban kita semua.
                      Aku tahu. Kita masih saling mengambil berat. Saling menyayangi. Miss D, jangan la takut jika kata-kata kau benar. aku sayangkan kau. Malah aku amat berterima kasih dengan semua yang kau dedahkan. Sekurang-kurangnya tidaklah aku lemas dalam igauan ku yang tidak pasti terurai. berani kerana benar. aku harap kau berpegang dengan kata- kata itu.
                      Mr Perfect, sila jangan  menafikan semua tuduhan jika ia benar. Aku tidak mahu mendengar semua tentang kau dari mulut- mulut tambahan. maafkan aku jika kisah dahulu membuat kau membalasnya dengan cara begini. Aku yang terdorong nafsu. Jangan lah kau menghiris semua jiwa yang baik dengan kita. Aku cintakan kau. Namun, aku tidak mahu buta kerana cinta. Tidak mengapa jika ia benar, asalkan saja kau sudi berterus terang.
                    Dengarlah. Kita dalam satu keadaan yang sama. Aku di tengah - tengah. Walau apapun yang terjadi, berjanjilah kita akan saling melupakan semua ini pabila ia berakhir. 

                


2010-10-17

Tidak Mengapa Jika Bukan Aku Yang Kau Cinta Lagi

Dan di suatu pagi yang tenang,
Kau mengucup bibirku dengan hangatnya,
Membuat aku turut beralun,
Bersama timbunan awan yang memutih.

Asmara kita terlalu menggunung,
Menambah igauan dalam mimpiku,
Hanya dikau saja,
Yang ingin ku dakap.

Setelah berkurun lama,
Tampaknya semua semakin sirna,
Kucupanmu terasa seperti melepaskan batuk di tangga,
Dan semua senyuman sedingin salju.

Terlalu banyak peristiwa membunuh,
Menjadikan kasih sayang itu menghiris,
Membuang rakaman manis,
Hanya kepiluan menerjah.

Tidak mengapa jika bukan aku yang kau cinta lagi,
Aku akan mengikuti jejak-jejak dulu,
Yang aku tinggalkan tika bersama kau,
Menghitung khilaf diri.

Aku dahulu,
Yang polos dan naïf,
Menganggap hanya kau saja yang mampu menggugah cinta lama,
Telah kau tukar menjadi gadis jalang,
Akhirnya kau campak di lorong hina yang kau sendiri jijik untuk melihatnya.

Akan tiba,
Suatu masa,
Kau yang tercampak,
Dan kembali duduk di sini bersama aku,
Ku harap saat itu,
Aku sudah melangkah,
Ke sisi cahaya lorong itu.

2010-10-05

saya dan saya.

statistik: saya meniru H.
hingar: saya meniru K dan S.
lab: saya meniru A.

bila saya yang berhuruf Z ni mahu mula membuat sendiri? haish.

How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...