Sejarah 1
bukan bermaksud aku masih kasih
cuma ingin tahu lebih lanjut
apa yang berlaku dalam hidupnya
aku tiada niat pun mahu bersamanya semula
sudah tampak terang dia berpunya
maaf, Mr Perfect
aku masih mahu engkau
Sejarah 2
ya, mulut aku kejam
menikam
sampai dalam
tapi
engkau sahabat terindah
mengapa aku perlu menikam engkau sesadisnya?
tidak mungkin
aku masih sayang
beri lah senyuman
dan
usirkan lah semua rasa jiwa yang berlumur darah
Sejarah 3
sejak masuk tahun menjadi 20
aku kurang pasti
degupan jiwa aku makin sensitif
kata - kata sarkastik
sudah lambat untuk hadam dalam sistem
membuat jiwa aku bocor berdarah
sehingga semua idea terbejat
Mr Z
dia memang perlu lebih peka
bukan bersama dunia air dan dahi jendulnya sahaja
aku mahu racun sekarang. biar ia meresap di ruang pernafasan. membiarkan aku terlentang dan hanya ditemui pabila sakaratulmaut membiarkan jasadku terbuntang.
jangan dibiarkan nikmat hidup itu dipersiakan wahai cik kebaya...
ReplyDeleteorang afrika cakap: jangan dilebih-lebihkan soal cinta.
knp org afrika plak?
ReplyDeletehuu.
baiklah tuan hantu..
sebab orang melayu asyik dengan peribahasa yang lama...cliche.hihi
ReplyDelete