Rita
menggosok-gosok matanya sambil berlalu ke arah dapur. Setelah itu, dia berjalan
ke arah pintu mencari Orita. Rita mengalihkan pandangan ke kebun belakang yang
mula ditumbuhi belukar setelah dibersihkan ibu 6 bulan lepas. Pokok cili
memenuhi hampir separuh daripada kebun tersebut. Sangkanya ingin dibuat bisnes,
tapi ibu bilang hanya suka-suka saja.
Di sebalik rimbunan pokok cili itu,
Rita terlihat kelibat Orita di situ. Dia pelik. Orita tidak pernah ke belakang
kebun itu. Rita menghayunkan langkahnya mendekati Orita. “ Orita buat apa kat
sini?” tanya Rita sambil menyentuh badan Orita. Rita kaget. Orita memandangnya
tanpa perasaan. Bukan itu yang dia hairankan. Dilihatnya mulut Orita penuh
dengan biji cili. “ eh, kau ni biar betul, kau makan cili ni ke Orita? ! tak
pernah dibuat orang dik oi!” Rita membebel dalam keadaan masih terkejut dengan
apa yang dilihatnya. Orita menjilat-jilat jarinya sambil menggoyang-goyang
ekornya yang gebu itu. Lagaknya seperti baru lepas melahap sepinggan ikan rebus.
Setelah itu, dia berlalu membiarkan Rita yang masih duduk berteleku menganalisa
kejadian itu.
Sejak hari itu, Orita kerap ke kebun
belakang itu menjamah sebiji dua cili sebagai pencuci mulut. Keadaan itu
berterusan sehingga dua minggu lamanya. Pada pagi Jumaat yang cerah, Rita
berazam ingin membongkar punca di sebalik kejadian itu. Berbekalkan sebatang
cangkul, Rita berhempas-pulas mencangkul pokok cili yang sering dilawati Orita
hingga ke akar umbinya. Kali ini, memang kebun cili itu memberi kejutan kepadanya
hingga dia terduduk dengan mulut yang ternganga luas.
“ Terima kasih atas kerjasama Cik
Rita, saya harap cik bersabar. Saya minta diri dulu ya,” pesan polis itu sambil
menepuk bahunya. Ibu dibawa pergi setelah diyakini membunuh Mak Jah, jiran
sebelah rumah yang dilaporkan hilang 6 bulan lalu. Mayatnya ditanam di bawah
pokok-pokok cili di kebun itu dan menjadi baja yang subur. Ibu menuduh Mak Jah
cuba merampas lesung batu pusakanya. Rita pula sudah bertekad untuk bertukar
selera ke lada hitam .
Pesanan Sedih:
Cerpen ini dibuat sempena pertandingan cerpen online namun tidak menang. maka, di sini lah ia disiarkan.
Apesal seram sangat weh. hahaha misteri cili. phewww. -.-
ReplyDeletehaha. x seram la. mana ada hantu. hee.
Deletesaya terasa yang ianya dalam. =.=
ReplyDelete