pIcIsAn

My photo
I write a lot. Every seconds, every hours, every day, every month. But I realize you won't come back.

2011-01-19

Kata - Kata Sialan


hari - hari kau,
disogokkan pelbagai cerita,
ada yang manis, manja, aneh, jelik juga tertawan.


pasti kau pernah dengar,
Si E mengumpat Y,
Si Y cakap - cakap pasal A,
tidak kurang juga Si S memandang rendah Z.


dapat dilihat di situ,
tahap mereka semua adalah sama saja,
saling membenci,
menunjuk siapa lebih hebat.


                                                seperti inikah mereka?


sudahlah,
jangan percaya semua omongan itu,
lebih banyak berbaur fitnah berbanding kejujuran,
tutup semua saluran pendengaran,
mahupun penglihatan.


jengkel benar,
membuat pelbagai tohmahan,
mereka laman muka buku sendiri,
hanya untuk mengeji orang,
datang ke setiap bilik,
hanya untuk bercerita keburukan si A, B dan C,
karut.


umur makin tinggi,
badan makin besar,
muka tumbuh kedut,
tapi otak,
masih di takuk itu saja.


sedarlah,
hidup cuma sekali,
bukan,
aku tidak ingin cakap 'kita enjoy!'
tidak,
cuma,
pandai - pandai lah menambah pahala,
kerana sudah penuh dosa di bahagian kiri,
takut - takut kiri lebih berat.


kiri dan kanan.
selamat maju jaya.

No comments:

Post a Comment