pIcIsAn

My photo
I write a lot. Every seconds, every hours, every day, every month. But I realize you won't come back.

2011-01-27

Bila Mata Hanya Tertancap di Kain Kurung Bunga - Bunga


aku cemburu melihat S yang berani meluahkan pendapat tanpa perlu peduli perasaan orang lain.


aku cemburu melihat E disayangi lelaki yang pernah aku harapkan menjadi suami.


aku cemburu melihat K yang sentiasa tenang menghadapi semua situasi.


aku cemburu melihat Y yang begitu kreatif menghias blog dan mendapat ramai teman.


aku cemburu melihat F yang sentiasa pandai bergaya tanpa peduli kutukan semua.


aku cemburu melihat H yang bijak menggubah tudung menjadi anggun.


aku cemburu melihat AH dilimpahi kemewahan yang tidak mampu terjangkau oleh aku.


aku cemburu melihat Z yang mendapat teman lelaki kacak lagi bergaya.


NAMUN,


jika aku berani meluahkan pendapat tanpa peduli perasaan orang lain, 
mungkin aku akan kehilangan ramai kawan dan kepercayaan.


Jika aku disayangi oleh lelaki yang pernah aku harapkan menjadi suami, 
mungkin aku tidak akan tahu kebolehan aku bermain futsal.


jika aku sentiasa tenang dalam semua situasi, mungkin aku tidak menjadi seorang yang ceria.


jika aku begitu kreatif menghias blog dan mendapat ramai teman, mungkin aku akan bongkak dan riak.


jika aku sentiasa pandai bergaya tanpa peduli kutukan, mungkin aku akan sentiasa merasa hebat dan cantik.


jika aku bijak menggayakan tudung menjadi anggun, mungkin aku akan membazirkan wang hanya untuk pelaburan tudung.


jika aku dilimpahi kemewahan yang tidak terjangkau, mungkin aku akan melupai semua hal akhirat.


jika aku mendapat teman lelaki kacak lagi bergaya,


erm...


Mr Perfect nak letak mana?



6 comments: