2011-01-27

Bila Mata Hanya Tertancap di Kain Kurung Bunga - Bunga


aku cemburu melihat S yang berani meluahkan pendapat tanpa perlu peduli perasaan orang lain.


aku cemburu melihat E disayangi lelaki yang pernah aku harapkan menjadi suami.


aku cemburu melihat K yang sentiasa tenang menghadapi semua situasi.


aku cemburu melihat Y yang begitu kreatif menghias blog dan mendapat ramai teman.


aku cemburu melihat F yang sentiasa pandai bergaya tanpa peduli kutukan semua.


aku cemburu melihat H yang bijak menggubah tudung menjadi anggun.


aku cemburu melihat AH dilimpahi kemewahan yang tidak mampu terjangkau oleh aku.


aku cemburu melihat Z yang mendapat teman lelaki kacak lagi bergaya.


NAMUN,


jika aku berani meluahkan pendapat tanpa peduli perasaan orang lain, 
mungkin aku akan kehilangan ramai kawan dan kepercayaan.


Jika aku disayangi oleh lelaki yang pernah aku harapkan menjadi suami, 
mungkin aku tidak akan tahu kebolehan aku bermain futsal.


jika aku sentiasa tenang dalam semua situasi, mungkin aku tidak menjadi seorang yang ceria.


jika aku begitu kreatif menghias blog dan mendapat ramai teman, mungkin aku akan bongkak dan riak.


jika aku sentiasa pandai bergaya tanpa peduli kutukan, mungkin aku akan sentiasa merasa hebat dan cantik.


jika aku bijak menggayakan tudung menjadi anggun, mungkin aku akan membazirkan wang hanya untuk pelaburan tudung.


jika aku dilimpahi kemewahan yang tidak terjangkau, mungkin aku akan melupai semua hal akhirat.


jika aku mendapat teman lelaki kacak lagi bergaya,


erm...


Mr Perfect nak letak mana?



2011-01-23

Melihat Teddy Bear bergantungan di telefon Nokia murah


Setiap hari, tanpa aku sedari, ada saja kesilapan.
Pancaindera melakukan keaiban tanpa sedar.


Mulut     : mengata, mengadu domba, menabur cerita fitnah, berjanji tanpa tepati, menyakiti hati 
              insan tanpa niat.


Mata     : melihat video porno, memandang aurat orang, membuat zina mata.


Telinga  : mendengar lagu tidak memberi faedah, pura - pura tiada nasihat, membiarkan tahi 
             telinga bersarang [ok, yg ni saje - saje].


tangan  : membuat mukabuku hanya untuk mencaci orang, memegang bukan muhrim, mengambil 
             barang tanpa kebenaran.


kaki      : hanya dibiarkan tidak berjalan ke surau, memijak orang - orang bawahan.


otak     : memikir bagaimana membuat cinta 'make love', tidak berfikir tentang tuhan, membuat 
             strategi menjadi terkenal di blog.


anggota badan juga turut membuat pelbagai dosa. alangkah kerdilnya aku di sisi tuhan.
tidak terhitung lagi dosa dikumpul. 











jadi baik hari ini. Sekian.

2011-01-22

Scrabble dan Mei Ling


hari ini dalam sejarah,
Mei Ling dapat no 1,
mencantum huruf menjadi perkataan,
sangat gembira.


Tidak la hebat,
tapi dengan bantuan Marissa,
tercapai hasrat menjadi juara.


terima kasih semua.

2011-01-19

Kata - Kata Sialan


hari - hari kau,
disogokkan pelbagai cerita,
ada yang manis, manja, aneh, jelik juga tertawan.


pasti kau pernah dengar,
Si E mengumpat Y,
Si Y cakap - cakap pasal A,
tidak kurang juga Si S memandang rendah Z.


dapat dilihat di situ,
tahap mereka semua adalah sama saja,
saling membenci,
menunjuk siapa lebih hebat.


                                                seperti inikah mereka?


sudahlah,
jangan percaya semua omongan itu,
lebih banyak berbaur fitnah berbanding kejujuran,
tutup semua saluran pendengaran,
mahupun penglihatan.


jengkel benar,
membuat pelbagai tohmahan,
mereka laman muka buku sendiri,
hanya untuk mengeji orang,
datang ke setiap bilik,
hanya untuk bercerita keburukan si A, B dan C,
karut.


umur makin tinggi,
badan makin besar,
muka tumbuh kedut,
tapi otak,
masih di takuk itu saja.


sedarlah,
hidup cuma sekali,
bukan,
aku tidak ingin cakap 'kita enjoy!'
tidak,
cuma,
pandai - pandai lah menambah pahala,
kerana sudah penuh dosa di bahagian kiri,
takut - takut kiri lebih berat.


kiri dan kanan.
selamat maju jaya.

2011-01-12

Ana Raffali or Ana Tali Rapia?

dia,
membuat pengakuan,
setelah 5 tahun berkawan baik,
dia kata wajah aku seperti Ana Rafalli,
ape kejadahnya?
tapi,
aku suka.


hari ini,
nampak sangat jelas,
dia sedang meluahkan perasaan,
aku pura - pura tidak mengerti,
kerana,
aku takut,
apa yang aku faham,
tidak seperti yang dia maksudkan.


jujurnya,
aku sudah menyukai dia,
namun,
Mr Perfect sudah terlalu banyak maknanya pada aku,
owh,
mengapa kau harus muncul sekarang?


kadang kala melihat komennya di muka buku,
bersama teman - teman wanita lain,
membuat aku cemburu,
eh,
aku tidak punya hak,
untuk berasa begitu.


Mr Spek,
sila lah berterus terang.
itu kan lebih baik.



2011-01-08

Drum dan Senyumannya Tika Itu


awal 2007,
saat kita sama - sama melangkah ke tahun ketakutan,
SPM,
manis sekali senyuman yang kau lempar,
membikin jiwa poyo aku nanar.


hari terakhir minggu pengenalan bersama junior,
kau turut ada,
dalam Dewan Murni,
tapi,
hari itu tampak lebih kacak,
owh!


saat itu hati aku berdebar - debar,
menatap engkau,
yang sangat gagah di atas pentas,
bermain drum,
dengan penuh asyik.


aku hanya lihat engkau saja,
peduli semua orang,
kau yang paling memikat.


awal 2011,
aku terlihat kau lagi,
kali ini di alam lain,
alam 'biarlah YM berbicara',
tetapi,
masih dengan drum,alat sama yang memikat aku.


namun,
kali ini,
kau bukan lagi yang aku lihat dulu,
bukan lagi dia yang memberi senyuman ikhlas pabila terlihat aku di koridor kelas,
bukan lagi yang membuat kejutan di KTM menemani aku pulang ke rumah,
bukan lagi yang merakam bunyi laut untuk menenangkan aku,
dan bukan lagi yang menghadiahkan aku dengan 'brownies'[ teddy bear yang kau beri saat aku melangkah umur 16]. 


biarlah,
aku sedang menahan,
dari menjadi terhegeh - hegeh.


Mr if, semoga berjaya menjadi drummer terulung.


Ikhlas, ini ucapan ikhlas.



Aquaphobia, water, Sunway Lagoon.



  • Afraid of water. 
  • Mei Ling just afraid of deep water, strong waves, swimming pool and can't bear to see a large body of water.
  • Actually, she had been through near - drowning long time ago.
  • So, Ah Chai, you can't blame her for refusing to spend time at Sunway Lagoon.
  • He thought Mei Ling's excuse was just so lame.
  • It's real babe!
  • could you imagine there are some monster living beneath the sea?? 
  • or an enormous devil just wait to pounce any human being that swim in that water??
  • owh, too much negative thought.
  •  Anyway, water is still useful.
  • hey, Mei Ling went to bath twice a day okay!!!

                                                                 victoria waterfalls

2011-01-05

kek? biasa saja.



Ulang tahun jadi tua : kek.


Anniversary : kek.


Party : kek.


Wedding : kek.


       All about cake.  it's kind of bored. But, it's becomes a trend. All event without cake is just so lame. 


But, all I want, is just u. Here. Without cake, nothing will be different. Hopefully u will understand, our love is not being estimate by the height of the cake. Mr Perfect, I love you. 



2011-01-02

Simpan Saja Ketidakmatangan Itu



Muda - muda,


jiwa panas,


tak,


saya cool je.


kena kutuk,


kena caci,


ok saje.


tapi,


nampak bodoh kan,


orang itu,


hidup jangan la sarkastik sangat,


kelak, 


kau yang merana.





2011-01-01

Tahun angka 1 menjadi 2.

sudah masuk tahun menjadi 20.

dulu-  dulu pernah berkata, mahu menjalinkan cinta serius pabila 2011 tiba.

sudah sediakah Mei Ling?

How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...