A pergi makan bersama teman – teman gadis,
Z pula marah – marah,
Cemburu buta,
A hanya tenang,
Dan Z juga kembali tenang dengan hati membengkak,
Ini kisah remeh.
Seorang jejaka bermain mesej dengan Z,
A naik berang,
Maka dia juga menggunakan modus operandi yang sama,
Untuk mengingatkan Z,
Dia bukan mainan,
Ini kisah remeh.
Futsal menjadi kegilaan A,
Namun Z sering ditinggalkan,
Membuatkan Z sentiasa terasa hati,
A hanya mampu meminta maaf,
Ini kisah remeh.
Mereka sering merancang untuk keluar bersama,
Tapi A selalunya akan membatalkan,
Kerana banyak hal berlaku saat hampir,
Z mengamuk dan merajuk,
Ini kisah remeh.
Pernahkah A dan Z terfikir,
Lama – kelamaan hal remeh menjadi besar,
Menggugah kasih sayang,
Menambahkan kanser dalam hubungan,
Membuat mereka derita,
Dan menangisi setiap episod dalam cinta.
No comments:
Post a Comment