2011-09-25

selepas ciuman dan kau pergi

cinta itu memang sudah mati. memang sudah lama mati. aku baru sedar semalam. cinta yang tidak ikhlas mengapa mahu dipertahankan. hanya membuat jiwa kusut dan kusam. aku rasa cinta aku seperti dia. sila baca apa di sebalik link untuk makluman lebih lanjut.


setelah semua yang dilalui, aku sudah melihat apa yang terhijab. untuk pengetahuan, aku watak antagonis. dia patut beri lagu-lagu ini kepada aku:







maka aku boleh la beri lagu - lagu ini pula kepada dia:






akhir sekali, kami sama - sama nyanyi lagu ini:



begitulah pengakhiran kisah cinta masih diperjuangkan walaupun telah lama mati. dan sekarang ia terkubur. untuk selama-lamanya, aku harap.

Pesanan Sinis: kau sudah bazirkan masa 2 tahun, 10 bulan, 4 minggu dan 2 hari bersama aku              
dan kini Miss Y juga yang kau cari selepas tempoh itu. aku tidak salahkan engkau. selamat bebahagia Mr. Perfect dan hrapnya kau boleh kembali berdua dengan Miss Y yg setia menanti selepas kau tinggalkan dia dahulu.

2011-09-23

Apollo jadi saksi

aku tahu kalau manusia memang tidak pernah puas. begitu juga aku. semenjak terpisah jauh yang setengah jam je kot perjalanan, aku kadangkala kesunyian. aku nampak pengorbanan kau. bukan aku tidak hargai, cuma kadangkala kau tahu nafsu itu mencanak naik. membuatkan aku terlupa tentang kau.


semalam, kita bertengkar. sama. hal lama. cuma orang ketiga yang lain. kenapa kau masih di sisi sedangkan sudah terlalu banyak asid yang aku beri?. ya, mungkin pujuk rayu halus sangat berkesan pada kau.aku tahu. belaian manja sehangat asmara walaupun belum berasmara lagi, itu yang kau tergoda dari aku. 


hujan .semalam. lantai licin. kau genggam erat tangan aku agar aku tidak jatuh.air mata aku hampir menyentuh pipi saat itu. setelah semua kemusnahan hati, kau masih bertanggungjawab. cinta kau sangat kukuh dan teguh. maafkan aku menjadi racun melebihi penawar. 




tapi aku bukan la mahu kita jadi seperti romeo n juliet. itu terlalu dongeng dan ekstrem.




Pesanan Sinis: Amy Alexander masih aku yang punya. 

2011-09-21

coretan muzik yang menari bersama tidurku

aku sangka trauma itu datang serta merta setelah berlaku perkara yang tidak diingini. telahan aku salah.  untuk orang seperti aku, setelah dua bulan baru trauma itu dirasai. benar. aku mula menggigil mengingatinya.bila mata terpenjam, bayangan hal itu menghantui. kenyataan tak selalu indah.


cinta yang aku rasa juga semakin pudar. aku seperti mencari cinta baru yang lebih tetap. tapi, aku tahu ini hanya nafsu semata. cinta yang suci itu tidak sepatutunya dikorbankan untuk hal yang tidak pasti ini. wujud Mr. S pula. haish. cinta, tolong jangan khianati aku dan perasaannya. aku masih cintakan dia.


dan tuhan, berilah aku ketenangan dan idea untuk mengalirkan kata - kata. kerana sesungguhnya perkara ini yang hanya akan membuat aku gembira dan hidup.





2011-09-13

it's my opinion by the way

aku selalu merasakan aku tersilap membuat percaturan. sepatutunya aku ambil sastera, namun aku dah tersekat di bidang biologi. tidak mengapalah, untuk masa depan. kini, aku keseorangan, menulis. kadang jiwa terlalu celaru, maka aku perlu menulis.

dalam hidup, memang perlu kental. kuat dan bertenaga. aku tidak mahu terbiar bergelandangan. mungkin aku sombong, tapi kadang kala perlu untuk mengelak kejahatan.

aku hanya mahu berusaha dan berserah.




tekan untuk kegembiraan dan motivasi.

2011-09-12

ciuman di kek keju

aku sudah tidak berasa kesunyian lagi
berada dalam fasa baru kehidupan
cerah dan terang
aku cuma berharap ia kekal


menyanyikan lagu gembira bersama
di pagi hari
pada mula aku tiba di pusat cendekiawan ini
gementar
dia menyelubungi aku


namun aku percaya
kekuatan hati akan membawa aku
membuang segala gentar
dan alhamdullillah
segalanya terbukti


setelah bertapak dan bermukim di tanah klasik
aku meneruskan kembara
ke tanah berpengaruh
di mana 
hanya iman dan cinta suci
mampu menyelamatkan engkau


doakan aku selamat mengharungi segala dugaan dan anasir yang bakal menerjah. 

2011-09-08

who say we say i say

you know, revenge is not always beautiful. it makes me n you living in misery. like now. 

How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...