ya, beliau yang buat segmen ini.
beri peluang pada aku yang konon - kononnya romantis.
haha.
Pandangan mata sepetnya tidak langsung memikat hati aku waktu bertentangan pertama kali. Dia duduk di belakangku waktu kelas Puan Rahayu yang sering menjadikan aku mangsa melepaskan amarahnya hendak bermula. Usai kelas, dia pun berlalu. Berdasarkan maklumat si mulut - mulut gemuk mengatakan baginda adalah budak baru DAS [ Diploma Alam Sekitar] 1.
Baginda pendiam. Semakin galak mereka mengganggunya. Tiba - tiba aku pula termasuk ke dalam diskriminasi mengharu birukan baginda. Tanpa sedar, kelihatan seperti aku dan Arrasyidatul Hasanah berkempen untuk pilihan raya hanya untuk meraih undi baginda seorang. Aku dan Arrasyidatul kerap datang ke tempat duduknya ketika kelas lukisan kejuruteraan untuk memantau perkembangan lukisannya yang tidak seberapa nak siap.
Satu roh meresap ke dalam jiwaku tatkala melihat senyuman sepetnya. Satu - satunya lelaki dalam kelas yang membuat jiwa aku dan hati berdenyut - denyut dan menjadi tunggang langgang. Hey, roh apa dah masuk jantung ini??. Kemudian, roh tersebut membuat aku dan baginda berbalas senyuman.
Aku seorang yang aktif membuka akaun Myspace. Sedang bersantai- santai mencari teman untuk ditambah, aku terjumpa satu akaun bertajuk ‘Stylicious’. Setelah ditonggeng, diterbalik dan diselidik, owh, baginda rupanya. Sudah punya kekasih. Agak comel. Sederhana. Sopan. Uncovered hair. Aku dan baginda menjadi teman dan mula menjalankan agenda poyo mengkomen gambar masing- masing sebagai tanda terima kasih. Baginda seorang yang bising di dalam komen- komen yang diberi. Roh yang pernah merasuk dahulu, tiba- tiba datang kembali. Tetapi kali ini ia lebih stabil. Kurang berdenyut dan nanar.
Baginda memaksa roh yang merasuk aku memberi nombor telefon kepadanya usai jamuan berbuka puasa di dewan banquet. Malam itu, telefon bimbit murah aku yang berjenama Nokia menerima pesanan ringkas dari nombor baginda. Roh aku tersentak kerana tanpa dahsyatnya halilintar melanda politeknik, dia melamar aku menjadi teman wanitanya. Alasannya, tidak mahu aku terlepas. Bicaranya lagi, dia sudah tidak sehaluan dengan si gadis sopan itu. Sudah tiada apa- apa. Terkedu. Terdiam. Terpaku. Terpaku tekan. Terstapler. Minggu tersebut kami bercuti selama seminggu untuk menyambut raya puasa. Baginda menyedari kekhilafan dan menyuruh aku melupakan lamaran tergesa- gesanya itu.
26 Oktober 2008, aku dan teman- teman lama dan tua, membuang masa di Jusco Bukit Tinggi. Tanpa pengetahuan, rupa- rupanya mereka membawa teman- teman lelaki tua mereka. aku yang sudah menjanda selama 4 bulan ini, terlibat ke dalam kancah makan beradab pengantin mereka. Roh dahulu menerjah dan memaksa ingatan aku menimbulkan imej baginda.Di kala petang itu, aku menjadikan roh tersebut lebih kuat dengan bertanyakan,
“ Tawaran awak untuk saya dulu masih terbuka kah?”
“Cuma menunggu cik zafirah approve sahaja”
“ erm, ok la, I dah approve dah ni”
Baginda terdiam. Aku menerima pesanan ringkas.
“ terima kasih b!. I hepi sangat!!. Sangat- sangat!!. I janji xkan deny approval u, zafirah..”
Dan, roh itu semakin sebati dan selesa bersekedudukan denganku.
sangat comel kn si harimau? haha.
Si Harimau di atas sangat menyentuh perasaan apabila dia menyelesaikan tugasan matematik aku yang terbengkalai akibat 'chicken pox' yang menerjah.
Baginda juga sanggup mencampak telefon bimbitnya ke dalam longkang untuk menunjukkan baginda tidak curang. [ok, ini bodoh, tapi, aku suka].
Apabila berjalan di tempat panas, serta-merta tangannya akan melindungi wajah aku dari teriknya mentari.
Terasa seperti kembali ke zaman kanak - kanak apabila bersiar - siar dengannya di Zoo Negara. ya, dia melayan sahaja semua kehendak aku.
Sangat romantis bersama menaiki Eyes of Malaysia berdua di malam hari berteman pemandangan laut Selat Melaka. [ sangat poyo owh!]
mengade - ngade je edit gambar konon cinta mendalam.
Dear Nadzmi,
Sedang malam ketika aku membuat luahan ini. Aku terlihat Moon. Terlihat wajah kamu pula. Menggigil menulis kata - kata ini. aku cinta kau. Sudah biasa kan?.Kita bertemu ketika usia aku 17. Masih cinta ketika 18. Dan berterusan ketika 19. Semoga tahun usia aku menginjak ke 20 ini, kau masih setia. Menjadi yang teratas di hati.
2 tahun, 3 bulan, 2 minggu dan 2 hari. Itulah usia kita saling menganyam kasih sayang di jiwa masing - masing.Tipulah jika tiada langsung ancaman perang dalam tempoh itu. Kadangkala, memang penat hendak meneruskan. Sangat. Namun, atas rasa cinta yang masih hidup, aku gagahkan.
Terima kasih kerana masih ada di sisi walau selepas kejadian belakang kereta Hilux ditabrak oleh penunggang motosikal mabuk.
Selepas aku meninggalkan kau menaiki Persona bersama S.
Selepas kau mencuba mencari cinta baru bersama L.
Selepas kita menjadi pengunjung tetap Pusat Islam selama sebulan akibat terdorong jiwa muda.
Terima Kasih.
Yang teramat.
Hari ini, aku melaungkan kepada semua, aku di kemuncak kesyukuran dapat bersama engkau. Serius. Biarlah semua mulut - mulut pembinasa. Kau yang paling memahami dan menyayangi. Semoga rasa itu kekal dan hingga saat kau mencium dahi aku di hari pernikahan kita. Aku berdoa. Semoga kau sihat selalu dan terus mencintai aku.
Yang capik namun gembira,
Fey