2013-12-06
Joned
Joned, aku telah menulis beratus - ratus warkah untuk melupakan. Aku telah menangis setiap pagi mengenangkan kau yang selalu tersepit dalam kesesakan lalu lintas. Betapa kau sememangnya seorang yang tidak penyabar dan sering marah - marah. Mengapa kau masih diam membisu dengan mata melirik tajam ke arah aku? Separuh dekad kau sentiasa tersenyum dan kini kau pura - pura tidak peduli.
Kau sebenarnya mahu apa, Joned? Surat untukmu telah bertimbun di sudut kecil dan mungkin bakal bertambah. Kesejukan pagi terlalu membunuh. aku telah menjadi busuk dan pemalas agung untuk kau tatap. Joned, janganlah pergi diam - diam dan mencintai sepasang kaki ramping yang seksi. Ini sangat tidak adil. Bertambahkah imanmu dengan meninggalkan segala bintang di hatiku? Kalau ya, baguslah.
Sudah lama, Joned. Sudah lama. aku menangis menatap bajumu yang berbau luka. Joyah pun tidak mampu menangis seperti aku kerana dia terlalu bahagia dicintai engkau. Joned, jika ingin pergi jangan diam - diam. aku ingin tahu. Aku ingin pastikan kau selamat di balik sana. Tanpa bau Losyen Anugerah dan Losyen Mustajab, akan ada kekal sesuatu anih di balik hati kita Joned.
2013-12-02
Salamy
Selamat pagi. Minggu ke 12. Hujan masih gembira. Menimpa mata - mata pedih dan tunggangan ruji kita. Telah beratus hari pergi. Hanya tinggal 30 hari untuk masih kekal muda. Penat dan sakit kita siapa yang tahu.
Milo dan roti Strawberry Yogurt. Tidak lupa instant oatmeal. menjadi pemangkin untuk hidup pada pagi 2 December. Rindu telah menjadi sesuatu yang kasar. Menjadi larangan untuk ditulis atau diekspresi. Agar bisa kekal kuat dan stedy. Memang tidak salah meratap. Cuma tiada siapa yang peduli. Aku ingin bertanya khabar melalui renjang - renjang air langit yang datang dengan kemalasan. Namun jawapannya pasti menambah duka. Maka aku diam dan biar saja.
Aku sedang berharap agar hujan tidak menambah kesedihan di hati kita. Masing - masing juga mengimpikan pelukan dari belakang di pagi hari. Sehingga semua penyesalan bisa berlalu tenang. Tiada dosa menjadi hambar. Hanya sedikit sunyi yang menyelubungi.
Masih pagi. Masih malas. Milo dan oat telah habis dilahap. Roti sedang menanti. Semoga petang tidak mengecewakan. Asal saja kita boleh bergerak senang mencari impian yang masih lari kencang. Mimpi pagi tidak enak. Penuh sandiwara dan kelam. Kerna itu aku sangat jarang menyambung tidur kecuali terlalu letih.
Selamat terus gembira dan senyum pada hujan.
2013-11-13
Utusan Tanpa Posmen
Kehadapan Amy Alexander,
Pertama-tama, semoga engkau sihat sejahtera sentiasa dan berada dalam rahmat Allah. sudah 10 hari kita masuk ke tahun hijrah yang baru. Harapnya kita berdua sudah berhijrah ke keadaan lebih baik.
Tujuan utusan maya ini bukanlah untuk memujuk merayu kerana aku sebenarnya telah redha atas pemergian hatimu. aku tahu Allah telah memilih kita berdua untuk berpisah. Dia juga lebih menyayangimu kerana telah menjauhkan hatimu daripada aku. Aneh bukan? dua hati yang sepatutnya menyayangi telah jauh tercampak terasing demi kebaikan roh mereka.
Untuk pengetahuanmu, aku sihat sahaja di sini. namun aku tidak pernah berhenti berdoa agar Allah menerima taubat kita atas kejahilan yang dahulu. aku lihat kau juga sudah memiliki hidup yang lebih tenang . semoga kekal begitu hendaknya dan sentiasa dalam laluan yang benar.
Jika satu hari masing - masing menerima perkhabaran walimatulurus antara kita, janganlah pernah berdendam. sekurang - kurangnya kita telah belajar dari khilaf pada usia muda. buat apa menangis jika yang di depan mata kau sebenarnya lebih baik daripada aku. aku sedang belajar untuk redha dan menerima hakikat. sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah yang lemah.
Jangan lah risau ya. teruskan kehidupanmu tanpa mengingati aku. Benar ini. aku memohon maaf kerana telah banyak menyusahkan kau selama perkenalan. aku juga tidak akan sambung belajar jika bukan jasa kau yang bersusah payah membantu mengambil transkrip di tempat belajar kita dahulu. Seorang yang bijak sepertimu usahlah disia - siakan hanya kerana cinta tidak pasti kita. berpeganglah pada janji Allah, Amy Alexander.
terima kasih untuk segalanya dan semoga Allah merahmati hidup dan mengampuni dosa kelmarin kita. Amin.
Fey Fia
2013-10-03
Sandar
Rupanya dengan menjenguk semua laman sosial yang kau hadiri,
hanya menambah sebak dada.
melihat kau dalam roman paling menyenangkan
sebenarnya aku iri
kau terlalu bahagia
sedang aku
masih diam muram
untuk kau
laki - laki paling bergaya dalam baju melayu putih
rupanya
kau masih melekat tetap dalam kalbu
tidak pernah terkopek walau sepicing.
![]() |
| Suatu masa |
2013-09-30
2013-09-24
Dari Perempuan Jegging Ungu
That mellow night
when you hold my breath under the warm circumstance
I was hoping the words
"I love you, I miss you'
But you didn't.
2013-09-22
2013-09-16
2013-09-08
Kerana Dia Sudah Terlalu Kecewa
Aku asyik memikir punca. Terlalu banyak. Hingga terjatuh - jatuh ke bawah terkena pada sepatu rona coklat yang terpalit sisa buah jambu benyek di halaman rumah.
Mengapa kau tidak mahu kembali?
puas aku senaraikan.
1. Kau sudah bosan.
2. Kau ada gadis mata bulat yang lain.
3. Masakan aku tidak sedap.
4. keluarga aku terlalu bising dan kau tidak selesa.
5. Mungkin kerna aku tidak pakai baju raya pada hari kau berkunjung ke rumahku.
6. Kuih tat nenas yang aku buat tidak rangup atau terlalu manis. kau dan keluarga tidak suka.
7. Kau rasa hubungan kita sudah tidak relevan.
8. Oh, mungkin juga aku dah tak secantik dulu. Ye, aku dah tembam sikit. Tapi kan comel?. Hurm.
kau memotong semua persoalan. mataku kau tatap dalam - dalam. bibir bergetar.
" bukan. Satu saja sebab. Kerana aku sudah terlalu KECEWA".
Aku berdiri terpana seorang selepas kata- kata itu dan hembusan angin tiada ku dengar berbisik lagi.Diganti dengan deruman kereta yang asapnya menyerbu ke wajah dan mataku yang berkaca - kaca.
-Buat sa-orang laki2 yang masih disayangi-
2013-08-27
Peduli Apa Sama Cinta Jannah
Sayang, buka mulutmu
mari aku tuang cecair merah ini
sehangat degup dan rona wajahmu
semesra usapan di wajahku yang berkeringat
eh, ini bukan sirap
bukan air semangka
mahupun susu strawberi untuk perut manjamu
bukan sayang
ini air cuka bercampur cili padi dan darah kambing hitam
usah gusar
aku bukan ingin memuja kebayan atau kelembai
aku ingin kau rasa girang
rasa bahagia dalam dakapan suam
bukan bersedih seperti kelmarin
bukan berpesta ingkar bersama gadis bulu mata lebat
BUKAN!
kalaupun kau ingin pergi
mari sini aku bawa kau
kita bersama
bermadu asmara
dalam julapan api penuh haiwan berbisa
kau janji lautan api sanggup diredah
aku sudah realisasikan
ayuuh, usah malu - malu untuk MAMPUS!
2013-07-24
Mahkota Ramadhan
datangnya ku sambut tenang
masih bernafas
sehingga ke 15 Ramadhan
masih penuh segala ketahanan
masih bersyukur
aku serahkan mahkota
hanya padamu Ya Allah
aku menadah tangan
mengucap nama-Mu berulang kali
kerna aku tahu Kau tidak akan pernah meninggalkan aku
biar apa jua dugaan
aku riang menyambutnya
aku tahu Kau akan sentiasa ada
kerna Engkau
Maha Pengasih dan Penyayang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah
It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...
-
Kali kedua. aku bertemu kau semula. Di saat aku menganggap kau telah mati bersama serpihan kenangan. Kau muncul bersama senyuman ...
-
terserempak dengan si manis ini. ya, beliau yang buat segmen ini. beri peluang pada aku yang konon - kononnya romantis. ha...












