2012-01-07

Mata yang Menipu

hari - hari yang aku lalui bersamanya memang meriah
di mana kami sering membisikkan kata cinta di telinga
mengundang senyuman yang romantis
sehingga aku tidak mahu pulang ke asal usul
kerana takut akan terlupa akan dia
seterusnya mencari cinta yang lain


semenjak usia kasih sayang menginjak ke tahun 4
aku mula mencari
di sebalik helaian rambutnya yang aku sebak ke belakang
tentang perasaan cinta
yang sepatutnya suci dan wangi


aku mencari masa depan
aku mencari lelaki yang boleh menjaga agamaku
aku mencari orang yang boleh aku bersama di syurga nan abadi
dan ya
aku mencari orang yang akan memuliakan aku sebagai isteri


kiraan umur bukan sesuatu yang membanggakan
kau hanya mengira ke atas
dan meninggalkan angka kecil di belakang
kadang kala menjadi depresi
bagi sesetengah insan yang tidak menerima hakikat


Alexander,
cinta bukan hanya penyatuan kasih sayang
ia tentang tanggungjawab atas perasaan yang telah kita sama - sama lontarkan
aku mahu mempunyai zuriat yang baik rohani
dan fizikalnya
aku mahu menjadi ibu yang bisa memberi didikan agama seelok - eloknya
biar aku tidak ralat dan berdosa
di usia hampir mati


aku terima jika jodoh tersurat dengan orang lain
tapi aku masih berusaha mahukan kau membimbing aku
yang sejujurnya
aku mahukan kau
menjadi ayah kepada anak - anak aku
aku tahu kau akan menjadi yang paling penyayang dan bijaksana


aku ingin kau tahu
cinta aku bukan berlandaskan nafsu dan keseronokan semata - mata.














2 comments:

How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...