2011-04-24

warkah untuk Amy Alexander

Dear Amy Alexander,


it's 23 April 2011. the day you went away.it's not you. it was me. i had ruined everything. untuk kesekian kalinya.


kau yang terlalu baik. sanggup membuat diri tampak bodoh dan terhegeh - hegeh. aku menyuruh kau pergi mati pada hari kita menjadi dua.aku tidak berniat pun.


kau tahu aku sekarang telah mati.organ dalaman aku sudah tidak mampu berfungsi. hanya mata saja masih hidup menangisi pemergian kau Alexander.


kau tidak layak untuk aku. aku ini gadis jahat. sedangkan kau sangat luhur. ikhlas. jujur. semua yang kau ada ingin diberikan kepada aku.termasuk hati sarat cinta itu. 


kita masih muda.kau masih bergetah.punya segala.berilah hati sarat cinta itu kepada yang pasti.aku sudah tidak mampu membelikan plaster luka untuk kau kerana apabila bersama aku, kau menggunakannya terlalu banyak. sangat.


jika kau sudah bertemu dia yang pasti, harapnya plaster luka tidak akan berfungsi lagi. di mana kau akan sihat sejahtera. sehingga ke tua.


lupakan saja kata-kata penuh plastik dan perbuatan muslihat aku.aku hanya menggunakan engkau untuk kepentingan aku.kaki putar belit.jangan pernah percayakan aku.


apabila aku kata aku cinta engkau, hanya separuh saja hati aku menyatakannya.selebihnya hanya untuk menyedapkan hati engkau sahaja.benar.


pesanan aku untuk kau Amy Alexander,


sila makan ikut masa kerana kau baru saja buat pembedahan apendiks awal 2010 dulu.


sabar menunggu jika makanan lambat sampai.


bawa lah kereta dengan berhemah. i know u are a racer.


jaga kesihatan dan makan scott emulsion. kau kan selalu demam.oh ye, brands yang aku beri sila habiskan. untuk kesihatan kau juga.


sila pakai kemeja putih berjalur,kasut hitam dan seluar jeans hitam untuk sesuatu yang penting kerana kau tampak sangat lelaki di dalamnya.


long hair is totally turn off for you.


jangan cepat marah. kau akan sakit nanti.




untuk terakhir kalinya,
aku melepaskan engkau dengan rela hati. kerana aku berdosa menyeksa jiwa luhur kau itu.kau patut keluar dari cengkaman aku yang kejam dan kuku perak [besi nanti berkarat]dan mencari orang lain.orang yang akan memeluk dan mengasihi kau dengan sentuhan damai selembut angin.


selamat tinggal Amy Alexander.
disebabkan aku terlalu sayangkan engkau, maka terbanglah mencari hidup kau.


in memory







5 comments:

How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...