2011-04-22

asid dan alkali

kau kenal kebuk wasap?
dalam itu ada asid dan alkali
seperti hati aku 
ada sayang dan benci
bila bercampur
aku rasa ia menjadi neutral.
aku rasa lah.

kelmarin
kita begitu gembira
berpakaian formal
aku agak kita sudah bosan melihat masing - masing berpakaian santai untuk temujanji.

tingkah kau seperti orang baru pulang kerja
dan kau memberi aku makan burger raja [baca Burger King].

aku pelik
tiba - tiba
ada pesanan ringkas
dari telefon baru kau yang diberi oleh kakak saudara kau yang hot tidak macam aku yang hanya picisan ini,
" hye,pakwe".

eh, kau ada teman wanita baru kah?
aneh.
tapi, aku kenal dia,
yang memberi pesanan itu
bukan dia sudah tahu kah akan kedudukan aku dalam hidup kau?.

aku tenang saja.
aku rasa terkejut dengan diri aku.
mungkin kerana sudah terlalu biasa setiap kali kita berjumpa, ada saja pesanan ringkas yang muncul tiba - tiba dari semua gadis yang kau pernah keluar bersama.

kau kata itu semua tiada apa - apa.
aku diam saja.
baik.
aku terima.

semalam aku terlepas cakap
oh, kau sudah tahu aku berchatting dengan kawan kau yang sekarang bukan lagi kawan kerana kau pernah gaduh dengan dia pasal aku dulu,
mujur saja kau tidak tinggalkan aku di tepi pantai itu.

kita sama saja.
terpulang kau mahu menjadi asid atau aku alkali atau vice versa.


it's my breath that you take away






3 comments:

How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...