pIcIsAn

My photo
I write a lot. Every seconds, every hours, every day, every month. But I realize you won't come back.

2011-03-25

Pandangan Sayu Ayah

Pada malam yang sunyi bertemankan awan nano 14 tahun lalu , ayah telah membawa aku dan adik pergi ke funfair berdekatan rumah. Ibu tiada kerana sedang melanjutkan pelajaran nun jauh di Pahang. Hanya ayah yang menjaga kami tika itu dengan bantuan nenek di kampung.

Saat kaki melangkah ke tempat itu, mata aku dan adik bersinar - sinar. Melihat pelbagai permainan, warna - warni lampu sangat membahagiakan. Ayah membeli token agar kami dapat menikmati semua permainan di situ.

Dari roda putar - putar, kuda yang berpusing hinggalah ke permainan tikam - tikam, kami cuba semuanya. Kemudian, aku dan adik ingin menaiki keretapi yang berlampu neon sangat ghairah. Saat ayah hulurkan token, hanya cukup - cukup untuk aku dan adik. Ayah menyuruh kami naik kerana ketika itu ramai orang beratur di belakang kami.

Keretapi pun bergerak. Namun, aku dapat lihat pandangan mata ayah yang sayu melihat kami. mungkin dia kepingin juga menyertai. Tidak tahu mengapa, walaupun aku masih mentah, dapat aku rasa kasih sayang ayah yang murni. Ya, ayah, kita akan menaiki keretapi yang lebih gah lagi. 

mungkin ayah sudah lupa, tapi peristiwa itu sangat berkesan dan kadang - kala aku teringat apabila bersendirian.Ayah yang sangat tidak berkira, membuat aku rasa bersalah apabila meminta duit belanja.

             Ayah,moga panjang umur dan hidup lama agar dapat aku balas jasamu.

2 comments: