yang tertulis takdir menjadi yang pertama dalam kalangan adik - adik,
dia lemah,
namun harus pura - pura berani dan cekal,
melindungi makhluk bawahan,
menjadi contoh keluarga.
dirinya dahulu sangat periang,
tiada noda,
sudah ditetapkan hati,
mahu menjadi yang terbaik.
masa berlalu begitu kejam,
masa tidak menunggu dia,
dan dia terkejar - kejar dalam lelah.
semakin banyak perkara diterokai,
tidak semuanya baik,
kadangkala dia terpengaruh,
dibawa arus kelekaan yang kuat.
gadis itu,
sedang dipenjara perasaan,
cintanya belum lagi benar - benar suci,
belum ketemu yang betul - betul ikhlas.
atau mungkin dia yang menjerat,
dengan paras rupa,
membuat semua orang tertawan,
hingga cinta menjadi nafsu.
hidup memang tidak adil,
dia hanya gadis polos dahulu,
tetapi sudah menjadi sinis angkara persekitaran yang membunuh,
dan menuntut dia menjadi gagah.
saat umurnya memasuki angka 20,
dia masih tiada hala tuju,
masih menunggu,
masih mengharap,
cinta dan cita yang mampu dia jiwai.
dalam usia yang tiada toleh - toleh belakang, dia masih mencari. apa yang diinginkan.
dahulunya sangat polos
20 tahun.
ReplyDeletejalan masih jauh lagi sayang.
berjalan lah seadanya.
*budak polos tu comel.he~~
budak kecik tu adalah kebaya sendat waktu kecil.
ReplyDeletehaha.
waaa.... ini perjalanan hidup yang diceritakan ikut pantun... eh pantun ke ni? heeee... moga dapat terus mengejar ape yang dicita2kan....
ReplyDeletepuisi la cacing. huu.
ReplyDeletebest puisi nih! huhu. sayu pon ade.
ReplyDeletecomel budak polos tuh!
sebab tu sekarang dia terjerat dalam cinta nafsu dek paras rupa yg membuatkan mereka tertawan! =p
----------------------------------
Hu hu huuuuu T_T . . . . ---> Memang buat gua marah lah lu!
haha, terima kasih. :)
ReplyDeleteUissshhh mne pic papa???
ReplyDeletesimpan. nnti ada org salah guna.
ReplyDeleteurmmm..
ReplyDeletesy memang suke jenjalan kat belog kamu bace entry lame..
kamu berbakat :)
terima kasih cik juneD.
ReplyDeleteterharu.
:)