pIcIsAn

My photo
I write a lot. Every seconds, every hours, every day, every month. But I realize you won't come back.

2010-12-17

Awak Tak Silap, Saya Yang Salah




                         Semalam Mei Ling memang bersalah. Sangat bersalah. Dia dah bertungkus lumus memohon maaf. Pelbagai ayat telah diluahkan. Telah disusun. Memujuk Ah Chai yang sangat terluka. Mei Ling memang diselubungi rasa sedih.


                        Ah Chai, dia memang sangat penyabar. Menjaga hati Mei Ling dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah berkira dalam menaburkan cinta. Mei Ling memang jahat. kasih yang dihulurkan Ah Chai hanya dipandang enteng. Senang - senang saja dia memandang lelaki lain, senyum gatal, menggoda walau Ah Chai ada di sebelah dirinya saat itu.


                      Amarah menguasai diri. Sewenang - wenangnya Mei Ling berbuat begitu. Apa salah Ah Chai?. Dia tidak pernah cuba dengan sengaja melukakan hati Mei Ling. Serta - merta Ah Chai mengeluarkan telefon bimbit, mula menghantar pesanan ringkas kepada gadis -gadis skandal. katanya " depan mata u juga i curang sekarang!".


                    Curangnya sehingga ke tahap tersalah hantar pesanan yang patut dihantar kepada gadis lain kepada Mei Ling. Sehingga ke  hari ini, curangnya masih berleluasa. Ah Chai, dia memang layak berbuat begitu. Membalas semua perbuatan Mei Ling. Tapi, caranya itu hanya akan membuat banyak jiwa terluka lebih dalam. Seperti Li yang dulu pernah berskandal dengan Ah Chai. Li terluka kerana Ah Chai seperti mempergunakannya untuk membuat Mei LIng bersedih.


                 Malam ini, sedu sedan Mei Ling semakin lebat. Sudah habis upaya dia memujuk. Setulusnya, hanya Ah Chai yang paling dia kasihi. Paling dia dambakan dalam setiap malam. Mei Ling hanya nakal. Tidak pernah terniat pun untuk merobek hati Ah Chai begitu.


               Ah Chai dan Mei Ling. Sudah banyak perkara yang mereka lalui bersama. Terlalu banyak. Dan Mei Ling masih berdoa agar hati Ah Chai terbuka menerima kata - kata maaf yang tulus dari jiwa itu.


          



No comments:

Post a Comment