Hari ini memang letih benar. Tulang
empat keratnya minta berehat. Hari ini hari terakhir. Hari di mana dia akan
bebas dan pulang mengusap cinta bersama Marissa. Tangga dinaikinya perlahan.
Udara pagi menghembus telinganya dengan nyaman. Rakannya yang lain sudah tiba.
Tugas hari ini menuntut mereka menaiki perancah tinggi. Walaupun gayat, demi
duit dan Marissa dia sanggup. Tenang dia dan rakan-rakan menyiapkan alatan.
Tali, sarung tangan, gam khas, poster dan segala macam disusun dengan cermat.
Dia meniti perancah penuh berhati-hati.
‘roller’ dipegang. Poster berwajahkan artis terkenal mempromosi minuman herba
tadi ditampal di atas papan tanda. Bunyi kenderaan mula kedengaran bingit.
Semua pemandu menancapkan mata ke poster yang baru ditampal. Dia lega. Tugasnya
sudah selesai. Kini, hanya perlu turun dan mengambil bayaran kemudian bertemu
Marissa.
Tersenyum dia berjalan di bawah poster
yang baru ditampalnya tadi. Ditatap sebentar hasil kerjanya. Kemas. Dari atas
perancah yang lain, kelihatan Halim melambai-lambai. Dia membalas dengan
girang. Halim lambai lagi sambil menjerit. Dia tidak jelas akan butir yang
disebut Halim. Rahman juga turut melambai. Aneh rasanya. Dia dan Rahman tidak
pernah bertegur sapa. Mungkin kerana hari ini hari terakhir, Rahman ingin
berbaik-baik dengannya. Rahman juga menjerit seperti Halim. Gembira sungguh
mereka berdua. Tiba-tiba,kepalanya terasa dipukul. Badannya sudah meniarap. Dia
kaku. Lambaian Halim dan Rahman hilang dalam gelap. Dia tidak mampu bergerak.
Dalam keadaan itu, senyuman Marissa tiba dan membawanya terbang.
Duit di atas meja tidak disentuh.
Sebaliknya surat khabar hari ini yang ditatap dan dibaca Marissa penuh
perhatian. Rahman dan Halim membisu. Marissa bangkit dan meletakkan surat
khabar itu kembali ke atas meja. Rahman dan Halim membontoti Marissa
meninggalkan surat khabar yang berita utamanya tertera ‘BURUH MUDA MATI
DIHEMPAP PAPAN TANDA GERGASI DI LEBUHRAYA SUBANG JAYA’.
Pesanan Senyum: Cerpen ini adalah salah satu cerpen yang terpilih untuk menang Contest Buku Fixi Gergasi. sebenarnya penulis kesempitan wang dan cuba nasib untuk mendapat buku percuma dengan memasuki pertandingan ini.
untuk memenangi buku ini katanya. maklumat lanjut di fixi.com.my |
jom buku sistem barter adik :)
ReplyDeletenak tukar dgn buku apa kak? hehe.
ReplyDeleteCerita GERGASI awesome!
ReplyDeleteyeah!!
DeleteAlhamdulillah menang. :)
ReplyDelete