2012-04-20

sebelum bertukar 3

haruslah mempunyai cita - cita yang pasti
mampu dicapai
mampu dipegang
tidak mudah terbang.


sebelum menjadi 3
iaitu memasuki 30 tahun
inilah senarai perkara yang cuba digapai.


1. menulis sebuah buku cerpen atau novel atau kompilasi puisi atau artikel yang boleh diterbitkan.


2. sudah mempunyai ijazah dan mungkin mengambil Master dalam Kesusasteraan.


3. mempunyai harta - kereta atau wang atau rumah.


4. mampu menguruskan sebuah majlis yang gemilang - hari jadi, rumah terbuka mahupun pesta liar.


5. berkomunikasi dengan lebih professional.


6. mengamalkan cara hidup berlandaskan konsep 'go green' dengan selesa.


7. membeli beg paling mahal berharga RM2000.


8. membuat persembahan tarian di luar dan dibayar.


9. mempunyai rumah yang boleh diubahsuai mengikut hati dan perasaan. tidak lupa fikiran.


10. sudah banyak ilmu agama yang dikumpul dan tetap hati untuk berada di dalam keputusan yang betul.




perkahwinan sebenarnya masih perkataan yang tabu
untuk gadis seusia aku
tapi tidak pada aku


cuma tiada sesiapa yang serius
mendengar dan menimbang keputusan aku
untuk menjadi isteri kepada dia


paling penting
tiada sesiapa yang bersedia
menerima kenyataan aku ingin menjadi isteri


secara intiha: masih terasa namun masih menyayangi dan sudah memaafkan orang - orang kesayangan.



4 comments:

  1. kenapa kakak cantik ni amek spm umur 16 tahun?
    btw, saya suka yang number 7 tu. membeli handbag peling mahal berharga 2000. haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab akak ni budak lompat. so, dia amek lah spm umur 16 thun.
      hehe.

      Delete

How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...