Pada hari mata tertancap pada poster pencarian ahli Boria
aku tidak pernah terfikir
menjadi antara penarinya
menjadi pelengkap ahlinya
dan
menjadi juara pada malam Feseni Universiti Malaya 2012
jika kau dengar kisah hati kami
jika kau lihat berapa banyak dugaan dan air mata
jika kau lihat pelbagai salah faham dan terasa hati
pasti kau tidak menyangka
ini ganjaran akhirnya
latihan yang bermula 2 bulan lalu
membawa kami ke alam dan pesta baru
yang didominasi Si Kening Berkerut (gelaran diberi oleh Hudazumi) dan Si Pengurus Garang
juga berkumpulnya para dara dan arjuna yang pelbagai jiwa
Foyer A, Foyer C, court futsal, Dewan Gemilang dan tepi jalan
semua telah kami jelajahi
semata-mata untuk melatih kakitangan yang kayu ini
memang pilu
ditemani lampu jalan yang malap
jalan tar yang basah
diganggu kereta yang keluar masuk
dihalau pegawai patrol
hanya untuk ini, untuk boria.
minggu terakhir yang mencabar
semakin menekan skill dan ketabahan
hanya mampu berserah kepadaNya
dan jujur
kami tidak pernah berharap menjadi juara
benar ini
kerana kami tahu siapa lawan dan kawan
dan kerana kami tahu tahap keupayaan kami
berbanding mereka
24 mac 2012
hari paling lejen dan mempesona
seperti pesona rama - rama di kepala kami malam itu
sorakan dan loncatan kegembiraan
tidak lupa juga sujud syukur Si Pengurus Garang
ditambah air mata terharu yang menderu jatuh
menjadi penamat segala debaran dan jerit perih geng Anggun 12
P cium S kuat - kuat= semoga kekal cemerlang membawa gemilang setiap tahun kepada
Boria Anggun 12.
gambar lebih lanjut di Faiz Zeo.
Allah Maha Adil, berusaha tanpa kenal erti penat lelah, insyaAllah Tuhan bagi ganjaran.. janji Allah itu pasti.. :)
ReplyDeleteya. sama2 berusaha untuk masa depan nnti. :)
Deletemeghiah baq ang. sukaaaa.
ReplyDeletep/s : sayang ta dapat hadir support. malam preview juga ta dapat hadir :'(
*malam preview para juara
ReplyDeletehang memang. saje x support kengkawan. :(
Delete