2010-11-05

Hari Ini Bukan Untuk Kau Lagi

semalam Mei Ling tersedar,
sudah tiba masanya,
untuk meninggalkan semua detik - detik itu.


Mei Ling kena berusaha,
menaik tarafkan diri menjadi gadis yang bermaruah,
tidak mudah diperlonjong - lonjongkan lagi.


dia fikir jika terus menjadi pengintip,
cinta Mr If akan kembali terbang,
memberi hati yang tulus,
membentuk harapan indah.


jelas,
bukan Mei Ling yang dia harapkan lagi,
mahukan lagi,
bukan,
bukan Mei Ling.


seperti menyusun kata - kata Scrabble,
telah Mei Ling lakukan semuanya,
menggabungkan semua perkataan,
yang mampu memberi markah tertinggi,
dalam jiwa Mr If.


Cuma,
semalam hari Mei Ling,
hari Mei Ling genap menambah satu lagi angka dalam usia,
buatlah dia seperti dalam awangan,
tapi,
apa yang telah kau lakukan, Mr If,
" bateri saya lemah. nanti dah balik saya text awak"
hingga ke angka 12 memasuki 4 November,
tidak,
satu pun pesanan tidak Mei Ling terima.


mengapa tidak perjelas sahaja?,
kau tidak mahu dia menelefon,
mengapa?,
perlukah kau menabur janji,
yang kadangkala membuat jiwa insan - insan seperti Mei Ling,
bertambah duka.


itu hari dia,
berilah peluang untuk dia bergedik - gedik,
beri saja la,
hari itu saja dia boleh berbuat begitu.


tak apa la,
memang Mei Ling saja yang terhegeh - hegeh,
mengada - ngada,
jalang pun dia,
tidak mengapa,
dia jadi begitu pun,
atas dasar pernyataaan,
kau orang yang paling dia cinta, Mr If.


kenyataan:
kau berjanji seperti meludah air haram ke mukanya. Mahu tidak mahu terpaksa terima kerana ia sudah terpalit di wajah itu. Natijahnya, dia membersihkannya dengan deruan air mata yang satu hari nanti kau akan menyesal kerana mengiizinkan ia keluar hari ini.

No comments:

Post a Comment

How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...