Tahun ini tahun akhir di Universiti Malaya. How time flies. Rasa sekejap sangat dari zaman baru lepas poli, zaman bahagia bercinta, depression lepas break up, musim bangkit balik, final year project, zaman transform jadi gemuk. Too many things and too little time.
Tahun ini juga Alhamdulillah tercapai hasrat untuk jadi penulis dalam buku yang dipublish dan dijual di kedai. Terima kasih untuk Buku Hitam Press yang beri peluang dan walaupun selalu langgar deadline tapi bos selalu sabar( dalam marah dan bengang). Terima kasih bos. But Tanpa Nama tak pernah dilupakan sebab kolektif ni la yang banyak bagi semangat dan panduan untuk menulis. Gilakata, geng baru yang tak pernah sunyi dalam group, after all, we are family.
Kalau terjumpa kat MPH, jangan lupa beli Berat Sebelah Kiri dan Tanah Tumpah Darah. Thanks. |
Hari Pembentangan Poster FYP |
This year highlighted the transformation of my 2 bestfriends from 'Cik' to 'Puan'. Alysa, kawan yang masa form 1 sampai form 3 pergi sekolah sama - sama, dah nikah pertengahan tahun. Tak pasal-pasal jadi bridesmaid. Eceh. Support la kawan, nak kasi warna - warni sikit wedding. Lepas tu, Eton (Zatul) my teman gaduh, teman luah perasaan, teman gi dating dari bf zaman sekolah sampai bf zaman poli. Yang dia ni tiba - tiba je kata nak kahwin. Tanjat mak dengar. Apepun, majlis dia yang tak disangka ni berjalan lancar walaupun banyak sangat benda kena settle. Ye la, kahwin tak rancang sangat. Tiba - tiba je Boya (laki dia sekarang) ajak kahwin.
Hari wedding Lysa. Nampak tak cute kan kitorang. haha. |
Eton's wedding. Masa nikah kitorang dah jadi bridesmaid. |
Actually, ramai je lagi kawan yang dah kahwin tahun ni. Tak terkira jemputan. Kawan Teknik yang tidur sebelah dalam dorm selama 2 tahun pun dah selamat bernikah awal disember. Termasuk Leyka lagi. I try datang semua semua wedding korang sebenarnya tapi kalau ada yang I tak ada tu maksudnya tak sempat la tu ye. Semoga Allah merahmati perkahwinan u'all and harap Allah dapat bagi jodoh yang terbaik untuk I and teman - teman yang masih single atau single but not available.
Forgot to tell, tahun ni pun kena pergi Li. Cerita Li pun boleh buat nangis jugak sebab penat sangat cari company. Alhamdulillah, JPSPN (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara) terima I and Azrul (thanks to Azrul, dia yang suggest tempat LI yang dia dapat so berdua la kitorang together kat Putrajaya sampai hari - hari kena gosip). Terjumpa lah dua tiga orang gila nama Atul, Amirah, Yus, Suha and Qayi(aku tak tahu eja nama dia). Budak - budak praktikal ni la menggembirakan hati dekat tempat intern. Temaasuk la bos, Encik Nasir yang banyak tolong.
Hari terakhir intern. How I miss you all. Azrul tak la sebab hari - hari jumpa kat kelas. Bosan haha. |
Budak - budak gila suka makan setiap kali ada open office (time tu kan raya) |
As for my study, tahun ni banyak gila menjelajah Malaysia. Dari tempat yang ramai orang sampai la yang paling sunyi jin pun taknak datang. Melaka, Ledang, Bukit Fraser, hutan mana - mana entah, pulau yang orang gerun nak datang, almost semua kitoang pergi. Lynas la paling epik sekali. Ye la, semua orang taknak pergi, kitorang excited tak takut kena radiation ke apa.
SPAS Club juga bergerak aktif bawah pimpinan She Mei. She's a real leader. Sampai event kami dapat masuk Harian Metro and NST sebab promotion. Unexpected but feel so wow.
Tahun ni tahun akhir masuk Feseni. Acara wajib : Boria. Tahun ketiga ni jugak aunty datang with her husband, Natrah pun ada dengan Zaid and Nadzmi. Feeling blessed sebab tak sangka diorang nak jugak tengok event i yang tak seberapa tu. Hikhik. Thanks.
(takde gambar pasal laptop rosak, ni pun amik mana yang ada je).
Starting this year, me and my aunty getting serious in our business. Shawl, dress, you name it, we will try provided for you. ceh. Boleh la terjah instagram @needlecoutureyuntouch kalau nak tengok produk/servis kami.
Tahun 2014 adalah tahun tragedi untuk Malaysia dengan kapal terbang hilang, banjir besar, kapal terbang kena tembak dan banyak lagi tragedi. Memang sedih but life must go on. We cannot promise anything in 2015 but we are gonna strive for the best.
For those that I hurt, please forgive me as I'm not perfect. For those that hurt me, no heart feeling. Because I know kadang - kala kita tak sengaja. Please move on and have a good life.
Thank you.