Masih meneruskan tradisi sa-orang pelajar Alam Sekitar. Bergelumang dengan segala macam kotoran, bau hanyir sampah, kekalutan presentation hingga aku banyak terlupa akan perkara remeh yang dahulu sering aku tawakan. Dengan penyakit yang tidak beransur hilang, aku perlahan - lahan menjadi usang namun masih bernyawa. Roh aku telah lama menerawang namun jasad enggan tumbang. Bangun pagi dengan semangat membara, tidur malam dengan sekaan pada air mata yang degil tidak mahu terbang.
Semester ini bermula dengan konflik. Namun kita percaya ia tiba bukan saja - saja. Telah aku keluar dari kepompong selesa. Untuk masa depan mereka yang memerlukan.
Ini kerja satu sem. Sebenarnya sem lepas pun buat juga. Geledah tong sampah untuk data. |
Terima kasih Izzah atas segala tunjuk ajar. Semoga lepas grad nanti awak dapat kerja dan cepat-cepat kahwin. dah - dah la tu bertunang. |
Kehidupan yang plain bored kadang - kadang diganggu hingar bingar mereka yang entah apa -apa. Aku telah menulis pelbagai sajak dan cerpen untuk jiwa dan untuk menerima buku percuma. Zine dan buku telah memberi belas kasihan pada aku dengan memuatkan sedikit - sedikit cerita melankolik yang aku hantar.
Pada hari aku dan dia sepatutnya menjadi 5 tahun, aku telah bertemunya. namun aku lupa langsung tentang istimewanya hari itu. tujuan aku ke sana hanyalah untuk menemani seorang rakan bertemu kekasihnya dan aku terjebak bertemu dia. Kami makan besar. Terima kasih atas ikan masak asam pedas yang lazat itu. Saat aku di dalam KTM ingin pulang, aku bernyanyi kecil dan aku tiba - tiba teringat tentang hari itu. aku beristighfar dan aku tahu dia sebenarnya tidak lupa. Aku telah menjadi seorang pelupa tegar dan semenjak itu, kami tidak berjumpa lagi.
Selamat juga menjadi 22 tahun pada semester ini. untuk aku dan rakan - rakan.
Gadis - gadis November. Betapa masa telah bergerak pantas dan menjadikan kita seperti pelarian yang pelan - pelan bakal mati sama ada dalam diam mahupun hingar. |
Ada sebak dalam segala coretan kata untukku, untukmu. Ada air mata berlinang di mata Profesor saat kita mengabadikan memori yang entah bila akan berulang dan menjadi gembira kembali.
Saat muda. Ingat saat ini sayang. tahun 2013. |
Kiranya tahun ini juga menjadi satu medan mencabar diri. Boria dan tarian kreatif sekaligus.
Tarian kreatif. Yes, I do miss this routine. |
Boria. It's my first love in dance art and it make me feel happy to see a lot of colour in me. |
Pesanan :
Sayang, dalam helaian rambut dan asap rokok yang mencemarkan aku telah hadir untukmu. Akhir hari 2013 juga aku telah melamar. namun jawapan, sebenarnya tiada jawapan. Aku agak itu mengatakan tidak pada semua pertanyaan. Aku telah menjadi serius dalam semua tanda tanya itu dan kau telah hadir dengan beku. Tanpa riak wajah dan roman muka yang bisa aku tafsirkan.
2014 - Kau sebenarnya tahu. Kau sebenarnya sudah duga. Kau sebenarnya cinta yang kekal yang telah meluncur jatuh dari hujung jari dan terhempas hingga terluka kaki dan hati. Juga tiada tertinggal satu pun habuk atau debu.
Jika ada momen lain, berhentilah mengucup pada momen ini. kau sendiri tahu ia tidak akan kembali mendakap kita sewenangnya. Lagi. |
Sincerely Yours,
Zafirah Bahram.