Kehadapan Amy Alexander,
Pertama-tama, semoga engkau sihat sejahtera sentiasa dan berada dalam rahmat Allah. sudah 10 hari kita masuk ke tahun hijrah yang baru. Harapnya kita berdua sudah berhijrah ke keadaan lebih baik.
Tujuan utusan maya ini bukanlah untuk memujuk merayu kerana aku sebenarnya telah redha atas pemergian hatimu. aku tahu Allah telah memilih kita berdua untuk berpisah. Dia juga lebih menyayangimu kerana telah menjauhkan hatimu daripada aku. Aneh bukan? dua hati yang sepatutnya menyayangi telah jauh tercampak terasing demi kebaikan roh mereka.
Untuk pengetahuanmu, aku sihat sahaja di sini. namun aku tidak pernah berhenti berdoa agar Allah menerima taubat kita atas kejahilan yang dahulu. aku lihat kau juga sudah memiliki hidup yang lebih tenang . semoga kekal begitu hendaknya dan sentiasa dalam laluan yang benar.
Jika satu hari masing - masing menerima perkhabaran walimatulurus antara kita, janganlah pernah berdendam. sekurang - kurangnya kita telah belajar dari khilaf pada usia muda. buat apa menangis jika yang di depan mata kau sebenarnya lebih baik daripada aku. aku sedang belajar untuk redha dan menerima hakikat. sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah yang lemah.
Jangan lah risau ya. teruskan kehidupanmu tanpa mengingati aku. Benar ini. aku memohon maaf kerana telah banyak menyusahkan kau selama perkenalan. aku juga tidak akan sambung belajar jika bukan jasa kau yang bersusah payah membantu mengambil transkrip di tempat belajar kita dahulu. Seorang yang bijak sepertimu usahlah disia - siakan hanya kerana cinta tidak pasti kita. berpeganglah pada janji Allah, Amy Alexander.
terima kasih untuk segalanya dan semoga Allah merahmati hidup dan mengampuni dosa kelmarin kita. Amin.
Fey Fia