aku memang berasa gembira dapat melihat kau semalam
tersenyum
bersama harumnya lavender yang harmoni
terlihat di mata sepet kau
sebenarnya jiwa kau merindui aku
tetapi masakan kau mahu mengaku
genggaman tangan aku yang kau sambut erat
telah menjadi bukti
aku tidak suka orang ketiga
yang malaikat mahupun syaitan
mereka hanya membuat genggaman tangan kau menjadi longgar
jujur
aku memang terkilan
apabila kau menerima kata-kata
menyuruh kau berkeras hati
menolak aku jauh ke gaung kesepian
dan gua kesedihan yang gelap
lagu yang aku nyanyikan malam itu
hanyalah irama syahdu dan punah
hati aku sangat sendu
melihat kau mengelak pandangan mata aku
dan menolak usapan lembut di jemari kau
aku telah berjanji
jika kau tidak kembali pada 30 november
aku tidak akan menaruh harapan lagi
akan hentikan segala-galanya
jiwa wanita aku juga punya maruah
walau mungkin aku akan kehilangan cinta yang paling ikhlas dan romantis
'kalau ada jodoh, kita jumpa di pelamin' Amy Alexander, 2011
kad yang kau beri pada umur aku menjadi 20 |