2012-04-30

Tamparan Tamparuli

walau aku dan dia berkenalan tidak lama
namun aku tahu cintanya berkekalan
setakat yang aku lihat
hatinya sarat kasih sayang
naumn kadang kala ego dan degil menguasai jiwa.


Semester 2 telah memisahkan kami lebih jauh
di mana aku sibuk berboria dan dia sibuk mengelilingi Malaysia menari bersama bola
tapi jiwa tetap bersatu
di laman sosial
mahupun ayat-ayat ambil berat di telefon bimbit


aku tahu dia sayangkan kau
sangat mencintai
kau lah satu - satunya di hati
sehingga password Twitter Je pun tertera nama kau


aku dulu seperti dia
terlalu cinta, terlalu cemburu, terlalu penuh dengan amarah dan nafsu
itu semua kerana kau
kau yang paling dia percaya
dapat mengubah dunia penuh nestapanya


aku mohon kau jagalah hatinya
aku tidak sanggup melihat dirinya yang kusut
terperuk di sudut hati paling sakit
kerana aku akan merasa apa yang sedang dilalui jiwanya


kalau kau masih cinta
masih menyayangi
masih ikhlas
masih tulus
terimalah salam kemaafannya
dan janganlah terlalu baik dengan gadis lain
kerana hatinya pasti sedih melihat dan mendengar wanita lain menggelar kau sayang
kau yang paling dia percaya
menyerah jiwa raganya yang masih suci
jika kau tidak mampu
aku takut akan ada orang lain yang lebih berhak.




Semoga takdir menyebelahi hati yang ikhlas mencintai hendaknya. - Fey Bahram,2012

2012-04-20

sebelum bertukar 3

haruslah mempunyai cita - cita yang pasti
mampu dicapai
mampu dipegang
tidak mudah terbang.


sebelum menjadi 3
iaitu memasuki 30 tahun
inilah senarai perkara yang cuba digapai.


1. menulis sebuah buku cerpen atau novel atau kompilasi puisi atau artikel yang boleh diterbitkan.


2. sudah mempunyai ijazah dan mungkin mengambil Master dalam Kesusasteraan.


3. mempunyai harta - kereta atau wang atau rumah.


4. mampu menguruskan sebuah majlis yang gemilang - hari jadi, rumah terbuka mahupun pesta liar.


5. berkomunikasi dengan lebih professional.


6. mengamalkan cara hidup berlandaskan konsep 'go green' dengan selesa.


7. membeli beg paling mahal berharga RM2000.


8. membuat persembahan tarian di luar dan dibayar.


9. mempunyai rumah yang boleh diubahsuai mengikut hati dan perasaan. tidak lupa fikiran.


10. sudah banyak ilmu agama yang dikumpul dan tetap hati untuk berada di dalam keputusan yang betul.




perkahwinan sebenarnya masih perkataan yang tabu
untuk gadis seusia aku
tapi tidak pada aku


cuma tiada sesiapa yang serius
mendengar dan menimbang keputusan aku
untuk menjadi isteri kepada dia


paling penting
tiada sesiapa yang bersedia
menerima kenyataan aku ingin menjadi isteri


secara intiha: masih terasa namun masih menyayangi dan sudah memaafkan orang - orang kesayangan.



2012-04-17

sedia. tidak cukup bersedia. sedia.

dulu dia selalu dipuji
cantik, bijak, baik.


selepas berkenalan dengan engkau
dia bukan gadis sebelah pintu lagi (Girl Next Door).


tapi dia sayang dan cintakan kau
dia tidak mahu hanyut dalam cinta penuh noda.


namun kau sendiri tidak bersedia
apalah daya seorang gadis picisan sepertinya.


kau pula mengaku dengan suara paling dalam
kau menyukai R.


setelah semua airmata dan kasih sayang
dia sendiri sudah tidak mampu berbuat apa - apa.


walaupun dia tidak gemar akan Najwa Latiff
lagu 'Kosong' memang kena benar dengan keadaannya kini.


sudahlah
mungkin telahan ayahnya tepat.


tunggu saja selepas PhD
sempat lah kau berkahwin lain.


saat itu
kau dan dia mungkin sudah bersedia.


ya, selepas PhD
selepas membuat banyak dosa dan zina
selepas sudah habis semua kasih sayang
selepas habis semua rasa cinta
selepas PhD
mungkin kau dan dia lebih bersedia.











2012-03-25

Arjuna dan Dara Anggun Boria

Pada hari mata tertancap pada poster pencarian ahli Boria
aku tidak pernah terfikir 
menjadi antara penarinya
menjadi pelengkap ahlinya
dan
menjadi juara pada malam Feseni Universiti Malaya 2012


jika kau dengar kisah hati kami
jika kau lihat berapa banyak dugaan dan air mata
jika kau lihat pelbagai salah faham dan terasa hati
pasti kau tidak menyangka 
ini ganjaran akhirnya


latihan yang bermula 2 bulan lalu
membawa kami ke alam dan pesta baru
yang didominasi Si Kening Berkerut (gelaran diberi oleh Hudazumi) dan Si Pengurus Garang
juga berkumpulnya para dara dan arjuna yang pelbagai jiwa


Foyer A, Foyer C, court futsal, Dewan Gemilang dan tepi jalan
semua telah kami jelajahi
semata-mata untuk melatih kakitangan yang kayu ini
memang pilu
ditemani lampu jalan yang malap
jalan tar yang basah
diganggu kereta yang keluar masuk
dihalau pegawai patrol
hanya untuk ini, untuk boria.


minggu terakhir yang mencabar
semakin menekan skill dan ketabahan
hanya mampu berserah kepadaNya
dan jujur
kami tidak pernah berharap menjadi juara
benar ini
kerana kami tahu siapa lawan dan kawan
dan kerana kami tahu tahap keupayaan kami 
berbanding mereka


24 mac 2012
hari paling lejen dan mempesona
seperti pesona rama - rama di kepala kami malam itu
sorakan dan loncatan kegembiraan
tidak lupa juga sujud syukur Si Pengurus Garang
ditambah air mata terharu yang menderu jatuh
menjadi penamat segala debaran dan jerit perih geng Anggun 12


P cium S kuat - kuat= semoga kekal cemerlang membawa gemilang setiap tahun kepada
                               Boria Anggun 12.










gambar lebih lanjut di Faiz Zeo.





2012-03-12

buang

Love is like a rose. so beautiful and yet so dangerous.


Bukan sekali dia ingin membuang alunan suara gemersik kau
yang sentiasa menari - nari antara gegedang telinga dan osikel
yang sentiasa mencari ruang meresap ke dalam paru - paru
bukan sekali

dia tahu kau hanya bersahaja
membalas setiap senyuman dengan sengihan
membalas kata - kata jatuh cinta dengan ejekan
membalas pandangan ikhlas dengan kutukan

bunuh, bunuh, bunuh
perasaan geli - geli ini
haruslah disembelih seperti biri - biri
yang sedap dikira dan dipeluk di malam hari
yang seronok diajak teman ketika bersarapan

pasti semua gembira
jika rasa geli - geli itu hilang
menjadi pengakhiran maha indah buat mereka
namun satu pengakhiran derita baginya

dia sanggup
andai ini saja dapat menyelamatkan 
semua yang berharap
dan menyintai.




It's gonna be difficult if you are falling in love with me since I am already in to you. - Fey Johansson, 2012




2012-02-27

the beauty in you

How beautiful we are is being determined by the way we carry ourselves.
Even though we don't follow the latest trend or fashion,
we still look good with clothes that cover our body.
Even though we don't have a-good-looking-perfume-model-face,
we also smell good with our pleasant attitude.
Even though we don't know how to put on attractive make up,
we may captivate people with our genuine smile and wise words.

After all,
nobody is ugly except our attitude that makes us look so.

The End.

Kayun
Bookxcess Receipt Stories



tekan sini untuk kecantikan lebih mengujakan

2012-02-14

Perihal Setia






dia sendiri tahu
aku bukan gadis seperti itu
gadis semasa
yang sentiasa berpakaian aliran fesyen
aku bukan gadis itu


jika kau lihat koleksi pakaian aku
kau dapat lihat kepingan kain - kain murah saja
RM10 sehelai
itu saja aku mampu
wang aku terlalu terhad dan tidak semewah engkau



Pesanan Sinis : jika kau tidak mahu setia, lepaskan dia.

2012-01-31

boria dan satria

Dia memang gemar menari
bersama gemersiknya alunan lagu yang berulang
menyusun setiap gerak 
sambil tersenyum penat dan puas

namun kaki yang terkehel
bersama hati yang membengkak
membuat semua jadi pincang
oh ye, perut juga tidak henti mengeluarkan amaran lapar

hari ini saja dia mengeluh
jiwanya sedang nanar
tarian yang dipersembahkan juga tampak begitu kekok dan sampah

dia sudah tidak yakin
hatinya muak
terlampau banyak kepura - puraan
dan terlalu asyik mereka meminggirkan dia

tidak layak
itu yang sedang dilagukan dalam diam
dalam kelam
muram mahupun pendam
cuma harap tidak menjadi dendam
tidak layak berada di sisi mereka yang kental dan berbakat

satu saja kau harus kekalkan dalam ingatan dan perasaan
walau dia sudah pergi atau dibuang
dia memang gemar menari.


2012-01-19

Genie

kalau dahulu
aku biasa saja bersorak gemalai menonton jejaka - jejaka berkaki ramping menari bersama bola
aku tidak pernah terfikir akan teringat kamu
berpura - pura tidak mengingati kamu sebenarnya pedih
kerana hubungan persahabatan kita erat
aku lebih gemar memanggil kamu sahabat
kerana kamu pasti akan menyenangkan hati aku yang gundah dengan susunan perkataan indah
maafkan aku atas semua salah faham
dan cemburu 
di pihak aku
mahupun kamu




Khas untuk kamu yang dekat namun jauh hakikatnya.

2012-01-07

Mata yang Menipu

hari - hari yang aku lalui bersamanya memang meriah
di mana kami sering membisikkan kata cinta di telinga
mengundang senyuman yang romantis
sehingga aku tidak mahu pulang ke asal usul
kerana takut akan terlupa akan dia
seterusnya mencari cinta yang lain


semenjak usia kasih sayang menginjak ke tahun 4
aku mula mencari
di sebalik helaian rambutnya yang aku sebak ke belakang
tentang perasaan cinta
yang sepatutnya suci dan wangi


aku mencari masa depan
aku mencari lelaki yang boleh menjaga agamaku
aku mencari orang yang boleh aku bersama di syurga nan abadi
dan ya
aku mencari orang yang akan memuliakan aku sebagai isteri


kiraan umur bukan sesuatu yang membanggakan
kau hanya mengira ke atas
dan meninggalkan angka kecil di belakang
kadang kala menjadi depresi
bagi sesetengah insan yang tidak menerima hakikat


Alexander,
cinta bukan hanya penyatuan kasih sayang
ia tentang tanggungjawab atas perasaan yang telah kita sama - sama lontarkan
aku mahu mempunyai zuriat yang baik rohani
dan fizikalnya
aku mahu menjadi ibu yang bisa memberi didikan agama seelok - eloknya
biar aku tidak ralat dan berdosa
di usia hampir mati


aku terima jika jodoh tersurat dengan orang lain
tapi aku masih berusaha mahukan kau membimbing aku
yang sejujurnya
aku mahukan kau
menjadi ayah kepada anak - anak aku
aku tahu kau akan menjadi yang paling penyayang dan bijaksana


aku ingin kau tahu
cinta aku bukan berlandaskan nafsu dan keseronokan semata - mata.














2012-01-04

Hari Keempat 2012

tahun baru aku meriah
tapi tidak menggembirakan
kerana aku terpaksa berdepan kertas - kertas kapitalis untuk berjaya dalam semester 1





























Lokasi    :Melaka Bandaraya Bersejarah.
Masa      :Malam 01 01 2012

aku, Makcik Bongsu, Rakannya juga sudah memulakan perniagaan baru.





















oh, aku juga punya hasrat, bukan azam yang biasa diwar - warkan sesetengah insan.


1. aku ingin cuba membuang trauma membawa kereta. sudah tiba masa untuk bangkit. gara - gara ini aku terpaksa memerap lesen P yang akan tamat bulan Mac 2012 ini. aku harap tahun ini aku akan lebih berani.
















P pesan kat S bisik - bisik = Selamat menjadi semakin tua semua.

How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...