2012-03-25

Arjuna dan Dara Anggun Boria

Pada hari mata tertancap pada poster pencarian ahli Boria
aku tidak pernah terfikir 
menjadi antara penarinya
menjadi pelengkap ahlinya
dan
menjadi juara pada malam Feseni Universiti Malaya 2012


jika kau dengar kisah hati kami
jika kau lihat berapa banyak dugaan dan air mata
jika kau lihat pelbagai salah faham dan terasa hati
pasti kau tidak menyangka 
ini ganjaran akhirnya


latihan yang bermula 2 bulan lalu
membawa kami ke alam dan pesta baru
yang didominasi Si Kening Berkerut (gelaran diberi oleh Hudazumi) dan Si Pengurus Garang
juga berkumpulnya para dara dan arjuna yang pelbagai jiwa


Foyer A, Foyer C, court futsal, Dewan Gemilang dan tepi jalan
semua telah kami jelajahi
semata-mata untuk melatih kakitangan yang kayu ini
memang pilu
ditemani lampu jalan yang malap
jalan tar yang basah
diganggu kereta yang keluar masuk
dihalau pegawai patrol
hanya untuk ini, untuk boria.


minggu terakhir yang mencabar
semakin menekan skill dan ketabahan
hanya mampu berserah kepadaNya
dan jujur
kami tidak pernah berharap menjadi juara
benar ini
kerana kami tahu siapa lawan dan kawan
dan kerana kami tahu tahap keupayaan kami 
berbanding mereka


24 mac 2012
hari paling lejen dan mempesona
seperti pesona rama - rama di kepala kami malam itu
sorakan dan loncatan kegembiraan
tidak lupa juga sujud syukur Si Pengurus Garang
ditambah air mata terharu yang menderu jatuh
menjadi penamat segala debaran dan jerit perih geng Anggun 12


P cium S kuat - kuat= semoga kekal cemerlang membawa gemilang setiap tahun kepada
                               Boria Anggun 12.










gambar lebih lanjut di Faiz Zeo.





2012-03-12

buang

Love is like a rose. so beautiful and yet so dangerous.


Bukan sekali dia ingin membuang alunan suara gemersik kau
yang sentiasa menari - nari antara gegedang telinga dan osikel
yang sentiasa mencari ruang meresap ke dalam paru - paru
bukan sekali

dia tahu kau hanya bersahaja
membalas setiap senyuman dengan sengihan
membalas kata - kata jatuh cinta dengan ejekan
membalas pandangan ikhlas dengan kutukan

bunuh, bunuh, bunuh
perasaan geli - geli ini
haruslah disembelih seperti biri - biri
yang sedap dikira dan dipeluk di malam hari
yang seronok diajak teman ketika bersarapan

pasti semua gembira
jika rasa geli - geli itu hilang
menjadi pengakhiran maha indah buat mereka
namun satu pengakhiran derita baginya

dia sanggup
andai ini saja dapat menyelamatkan 
semua yang berharap
dan menyintai.




It's gonna be difficult if you are falling in love with me since I am already in to you. - Fey Johansson, 2012




2012-02-27

the beauty in you

How beautiful we are is being determined by the way we carry ourselves.
Even though we don't follow the latest trend or fashion,
we still look good with clothes that cover our body.
Even though we don't have a-good-looking-perfume-model-face,
we also smell good with our pleasant attitude.
Even though we don't know how to put on attractive make up,
we may captivate people with our genuine smile and wise words.

After all,
nobody is ugly except our attitude that makes us look so.

The End.

Kayun
Bookxcess Receipt Stories



tekan sini untuk kecantikan lebih mengujakan

2012-02-14

Perihal Setia






dia sendiri tahu
aku bukan gadis seperti itu
gadis semasa
yang sentiasa berpakaian aliran fesyen
aku bukan gadis itu


jika kau lihat koleksi pakaian aku
kau dapat lihat kepingan kain - kain murah saja
RM10 sehelai
itu saja aku mampu
wang aku terlalu terhad dan tidak semewah engkau



Pesanan Sinis : jika kau tidak mahu setia, lepaskan dia.

2012-01-31

boria dan satria

Dia memang gemar menari
bersama gemersiknya alunan lagu yang berulang
menyusun setiap gerak 
sambil tersenyum penat dan puas

namun kaki yang terkehel
bersama hati yang membengkak
membuat semua jadi pincang
oh ye, perut juga tidak henti mengeluarkan amaran lapar

hari ini saja dia mengeluh
jiwanya sedang nanar
tarian yang dipersembahkan juga tampak begitu kekok dan sampah

dia sudah tidak yakin
hatinya muak
terlampau banyak kepura - puraan
dan terlalu asyik mereka meminggirkan dia

tidak layak
itu yang sedang dilagukan dalam diam
dalam kelam
muram mahupun pendam
cuma harap tidak menjadi dendam
tidak layak berada di sisi mereka yang kental dan berbakat

satu saja kau harus kekalkan dalam ingatan dan perasaan
walau dia sudah pergi atau dibuang
dia memang gemar menari.


2012-01-19

Genie

kalau dahulu
aku biasa saja bersorak gemalai menonton jejaka - jejaka berkaki ramping menari bersama bola
aku tidak pernah terfikir akan teringat kamu
berpura - pura tidak mengingati kamu sebenarnya pedih
kerana hubungan persahabatan kita erat
aku lebih gemar memanggil kamu sahabat
kerana kamu pasti akan menyenangkan hati aku yang gundah dengan susunan perkataan indah
maafkan aku atas semua salah faham
dan cemburu 
di pihak aku
mahupun kamu




Khas untuk kamu yang dekat namun jauh hakikatnya.

2012-01-07

Mata yang Menipu

hari - hari yang aku lalui bersamanya memang meriah
di mana kami sering membisikkan kata cinta di telinga
mengundang senyuman yang romantis
sehingga aku tidak mahu pulang ke asal usul
kerana takut akan terlupa akan dia
seterusnya mencari cinta yang lain


semenjak usia kasih sayang menginjak ke tahun 4
aku mula mencari
di sebalik helaian rambutnya yang aku sebak ke belakang
tentang perasaan cinta
yang sepatutnya suci dan wangi


aku mencari masa depan
aku mencari lelaki yang boleh menjaga agamaku
aku mencari orang yang boleh aku bersama di syurga nan abadi
dan ya
aku mencari orang yang akan memuliakan aku sebagai isteri


kiraan umur bukan sesuatu yang membanggakan
kau hanya mengira ke atas
dan meninggalkan angka kecil di belakang
kadang kala menjadi depresi
bagi sesetengah insan yang tidak menerima hakikat


Alexander,
cinta bukan hanya penyatuan kasih sayang
ia tentang tanggungjawab atas perasaan yang telah kita sama - sama lontarkan
aku mahu mempunyai zuriat yang baik rohani
dan fizikalnya
aku mahu menjadi ibu yang bisa memberi didikan agama seelok - eloknya
biar aku tidak ralat dan berdosa
di usia hampir mati


aku terima jika jodoh tersurat dengan orang lain
tapi aku masih berusaha mahukan kau membimbing aku
yang sejujurnya
aku mahukan kau
menjadi ayah kepada anak - anak aku
aku tahu kau akan menjadi yang paling penyayang dan bijaksana


aku ingin kau tahu
cinta aku bukan berlandaskan nafsu dan keseronokan semata - mata.














2012-01-04

Hari Keempat 2012

tahun baru aku meriah
tapi tidak menggembirakan
kerana aku terpaksa berdepan kertas - kertas kapitalis untuk berjaya dalam semester 1





























Lokasi    :Melaka Bandaraya Bersejarah.
Masa      :Malam 01 01 2012

aku, Makcik Bongsu, Rakannya juga sudah memulakan perniagaan baru.





















oh, aku juga punya hasrat, bukan azam yang biasa diwar - warkan sesetengah insan.


1. aku ingin cuba membuang trauma membawa kereta. sudah tiba masa untuk bangkit. gara - gara ini aku terpaksa memerap lesen P yang akan tamat bulan Mac 2012 ini. aku harap tahun ini aku akan lebih berani.
















P pesan kat S bisik - bisik = Selamat menjadi semakin tua semua.

2011-12-31

Noah and Allie
























do you think that our love can create miracles?







believe in me
and die with me.

2011-12-25

Perihal Cuti Sebelum Sepatutnya

Angin bertiup sangat kencang tika ini. mujur ada Alexander menjadi benteng.





Seluar sawa batik yang terpaksa dibeli kerana hanya jeans saja yang tersarung.



memang rasa gembira bermain simbah - simbah cecair masin ke mata masing - masing.
tapi, aku bercuti sebelum masanya.
sebelum membaling dadu pada jawapan aneka pilihan,
sebelum menulis formula statistik di tudung sebagai cubaan meniru.
namun, aku tetap gembira.


P bebel kat S = tidak tahu kenapa, sarapan dan makan tengah hari di PD tidak seenak di Kl. owh, berlagak sungguh.

2011-12-23

Perihal menatap mata Ah Chai



bila aku masih duduk di bangku sekolah , berdiri di atas meja sekolah,
aku percaya persamaan akan membawa kebahagiaan dalam hal ehwal geli - geli.
itu masa hormon aku memberontak.

bila dah duduk sama taraf dengan meja ni,
aku mula mempertikaikan
dan aku mula sangsi asmara
persamaan hanya akan menjadikan hal ehwal geli - geli menjadi bosan
pudar dan malap

kau pendiam, dia pendiam                    = suasana tanah perkuburan.
kau suka merah, dia pun sama   = mau gaduh seminggu pasal warna saja.
        
tapi aku tidak salahkan orang yang mempunyai banyak persamaan.
mungkin hubungan lebih erat.
cuma untuk aku, tidak lah.
kerna aku yakin dua watak berbeza
akan membentuk hal ehwal geli - geli yang menarik.


P bisik-bisik kat S = dah mcm motivator. cit.

How Covid - 19 pandemic made me come back as Kebaya Sendat Sepatu Merah

  It's been a while. As for me to start writing again. I've been losing myself for the past few years. I missed blogging. Showing of...